A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa itu sexting?

Sexting adalah tindakan menghantar foto, mesej atau video lucah menggunakan telefon bimbit. Ia termasuklah penghantaran foto provokatif atau seksual di internet. Terdapat remaja yang melakukan sexting secara sukarela, dan terdapat juga yang melakukannya atas desakan teman lelaki atau teman wanita atau rakan-rakan. Kadang-kala, foto diambil tanpa pengetahuan seseorang dan disebarkan kepada orang lain. Ini juga dianggap sexting. Sesetengah orang menganggap sexting sebagai satu gurauan. Namun, ia boleh menyebabkan gejala sosial dan menyalahi undang-undang.

Antara senario yang biasa berlaku adalah :

  • Atas permintaan teman lelaki, Wati telah menghantar foto bogelnya ke telefon bimbit teman lelakinya. Apabila hubungan mereka berakhir, teman lelakinya menyebar foto tersebut kepada kawannya atau memuat naik ke laman web sosial untuk tatapan orang lain.  Beliau mungkin akan memeras ugut Wati pada masa akan datang.

  • Tina bertemu dengan seorang lelaki yang hanya dikenali di laman web sosial Facebook. Tina kemudiannya dirogol oleh lelaki tersebut dan kawannya yang lain. Insiden ini telah dirakam dan diedarkan kepada orang lain.

Kesan sexting

Kesan sosial

  • Foto lucah boleh tersebar dengan cepat. Sukar untuk menghapus atau mengawal penyebaran foto seperti ini terutamanya jika disebarkan di internet.

  • Oleh itu, sexting bukan sahaja memalukan diri pada masa sekarang tetapi juga pada masa depan. Kawan, keluarga, guru dan majikan boleh mengakses foto tersebut dan ini merosakkan reputasi anda.

  • Sextingjuga boleh menyebabkan gangguan seksual, buli siber serta ancaman.

Kesan undang-undang

Mengikut undang-undang, mengambil, menerima dan menghantar foto lucah diri sendiri atau orang lain adalah satu jenayah, terutamanya sekiranya foto tersebut adalah foto individu di bawah umur 18 tahun. Kesalahan ini dikelaskan sebagai pornografi kanak-kanak.

Bagaimana melindungi anda dan orang tersayang daripada terjebak dengan sexting?

  1. Fikir dahulu sebelum bertindak. Kandungan yang dimuatnaik ke internet boleh kekal lama dan tersebar dengan cepat.

  2. Ingat, sexting adalah menyalahi undang-undang. Jangan sebarkan foto lucah  atau menyimpannya dalam telefon atau komputer.

  3. Katakan “TIDAK” jika seseorang meminta anda untuk mengambil atau menyebarkan foto lucah.

  4. Jangan malu untuk berbincang dengan orang dewasa yang anda percaya atau ibubapa anda sekiranya anda dipaksa melakukan sesuatu di internet.

  5. Jika anda berasa kesal kerana pernah menghantar foto atau mesej yang berunsurkan lucah, dapatkan nasihat daripada orang dewasa yang anda percaya atau ibubapa anda.

Semakan akhir : 17 April 2014
Penulis : Dr. Hargeet Kaur a/p Basant Singh
Penyemak : Dr. Hargeet Kaur A/P Basant Singh

 

Artikel Berkaitan

Buli Di Sekolah

Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif  yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari segi fizikal, mental atau emosi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia