A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sindrom Kesunyian Di Kalangan Warga Emas

Pengenalan

Puan Aishah, seorang warga emas kematian suami yang disayangi, berasa sunyi amat sangat apabila ketiadaan pasangan di sisinya lagi. Tambahan pula, anak-anak telah berhijrah ke bandar untuk menyambung pelajaran, bekerja dan berkahwin. Lantaran kesunyian adalah teman sejatinya kini. Keadaan begini sering melanda warga emas di negara ini. Situasi ini membawa kepada Sindrom Kesunyian Dalam Kalangan Warga Emas.

Apakah Sindrom Kesunyian

  • Sindrom Kesunyian (empty nest) adalah respon psikologikal terhadap perubahan atau transisi kehidupan yang dilalui oleh setiap ahli dalam sebuah keluarga terutamanya dalam kalangan warga emas.
  • Perasaan bercampur aduk antara kerisauan, kesedihan dan kekosongan setelah ketiadaan pasangan dan anak-anak.

Siapakah Warga emas?

  • Warga emas ialah individu yang berumur 60 tahun ke atas berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982″ di Vienna.
  • Walaubagaimana pun, World Health Organization mentakrifkan warga emas sebagai meraka yang berumur  65 tahun.

Kenapa Warga Emas?

  • Jika dahulu mereka memiliki pekerjaan, anak-anak untuk dibesarkan dan cita-cita untuk dicapai, namun sekarang semua itu sudah berubah.
  • Kerjaya yang mereka banggakan sebelum ini sudah ditinggalkan, anak-anak sudah membesar serta meninggalkan rumah dan semua cita-cita telah tercapai atau sudah musnah.
  • Sindrom Kesunyian merupakan punca masalah mental dan tekanan dalam kalangan warga emas wanita.
  • Wanita lebih berisiko menghidap sindrom ini kerana ikatan hubungan ibu dan anak begitu kuat berbanding bapa. Lantaran kesunyian dan kenangan lalu sering bermain di benak warga emas wanita.

Apakah Faktor Sindrom Kesunyian

  1. Faktor anak-anak :
    • hijrah untuk mencari pekerjaan
    • melanjutkan pelajaran
    • sudah berkahwin
  2. Faktor perasaan :
    • rasa kekosongan
    • rasa tidak diperlukan
    • rasa terabai/tidak dipedulikan
  3. Faktor lain-lain :
    • kematian/kehilangan teman hidup
    • perubahan hidup yang mereka alami (bersara dan lain-lain).
    • kekurangan aktiviti
    • penyakit fizikal yang menjadi teruk dan kesan rawatan mereka.
    Apakah Gejala Sindrom Kesunyian?

    • Tekanan perasaan Gangguan somatik
    • Gangguan tidur
    • Cubaan bunuh diri
    • Kebimbangan melampau
    • Penolakan bersosial
    • Penjagaan diri merosot

Apakah rawatan sindrom kesunyian

  • Warga emas perlu dibantu untuk menangani kesunyian supaya mereka mempunyai kualiti hidup yang baik.
  • Mereka hanya dapat melalui penuaan yang aktif dan sihat jika gejala kesunyian dapat dikawal.
  • Peranan membantu perlu dipikul oleh semua ahli masyarakat. Pihak keluarga pastinya adalah individu utama yang berperanan.
    1. Rawatan Psikososial
    2. Perkhidmatan psikososial bagi membantu warga emas;

        • Berbincang cara penyelesaian masalah (problem solving technique)
          • Mempersiapkan diri dengan kekuatan mental, spiritual dan fizikal.
          • Terima diri seadanya
          • Cari teman.
          • Hidupkan semula kasih sayang antara suami isteri.
          • Teruskan hubungan kekeluargaan antara adik beradik. Sentiasa berhubung dengan anak-anak. (telefon, Facebook dan lain-lain)
        • Berbincang cara meluahkan dan menangani emosi. Contohnya:kemarahan (anger management)
        • Berbincang cara terbaik menangani stress (stress management & coping skill)
        • Mendapat penjelasan tentang Sindrom Kesunyian (kemurungan), rawatan dan komplikasi (Psychoeducation)
        • Menyelesaikan masalah sosial lain melalui rujukan kepada agensi berkenaan
      • Spiritual
        • Percaya kepada ketentuan Allah dan mengamalkan nilai-nilai agama
        • Meningkatkan amalan kerohanian dan mendekatkan diri dengan Allah.
        • Doa, zikir dan mengingati Allah
      • Fizikal
        • Kemurungan akan bertambah teruk jikan anda tidak mengaktifkan diri.
        • Mula bersenam/berjoging dan tingkatkan adrenalin anda.
        • Menjalankan aktiviti fizikal seperti berkebun dan memasak.

Pertubuhan Sokongan/Rujukan

  1. Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN) telah membina Pusat Anjung Interaksi Rekreasi Intervensi dan Sokongan (AIRIS) sebagai tempat kaunseling, terapi dan sokongan psikososial kepada warga emas, keluarga dan komuniti setempat.
  2. Program yang diadakan ialah mengajar warga emas cara hidup yang aktif, amalkan pemikiran positif, memenuhi masa mereka dengan aktiviti kemasyarakatan, bercampur dengan jiran tetangga dan banyakkan beribadah.

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2016
Penulis : Khadijah binti Minhat
Akreditor : Tn Hj Hairol Kamal bin Ab Rahman

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia