PENGENALAN
- Sindrom prahaid (premenstrual syndrome) adalah keadaan di mana gadis atau wanita akan mengalami gangguan emosi dan gejala fizikal pada waktu sekitar kedatangan haid dan gejala hilang selepas kedatangan haid.
- Gejala biasanya datang dalam jangka waktu 1 hingga 2 minggu sebelum kedatangan haid dan hilang bila haid bermula.
- Gangguan emosi dan gejala fizikal yang dialami ini boleh menjejaskan kehidupan harian dan perhubungan penghidap.
- Sehingga kini, penyebab sebenar sindrom haid tidak di ketahui, walau bagaimanapun, dipercayai banyak faktor yang menyumbang kepada keadaan tersebut seperti faktor genetik dan perubahan paras hormon yang berlaku pada kitaran haid.
GEJALA/TANDA
- Ganguan emosi yang mungkin dialami adalah cepat marah, murung, gelisah, berasa letih, mengidam makanan manis, selera makan meningkat atau berkurangan
- Gejala fizikal yang biasa dialami adalah seperti senak perut, perut kembung, payu dara membesar dan sakit, sakit kepala, mual dan sakit belakang.
TINDAKAN KENDIRI
Sila berjumpa doktor sekiranya anda merasakan masalah ini mengganggu kehidupan harian anda.
Adalah disyorkan anda boleh rekod gejala yang dialami dalam kalendar haid anda untuk tempoh tiga bulan kitaran haid, ini akan membantu doktor untuk membuat diagnosa dan memberi rawatan dengan lebih berkesan.
DIAGNOSA DAN RAWATAN
- Biasanya doktor akan menemuduga, membuat pemeriksaan serta melakukan ujian darah sekiranya perlu.
- Rawatan untuk sindrom prahaid adalah dengan mengamalkan cara hidup sihat, meningkatkan kemahiran diri untuk menangani stres dan makan ubat
- Doktor akan memberi ubat bergantung kepada gejala yang anda alami, contohnya ubat penenang sekiranya anda berasa gelisah, ubat penahan sakit untuk gejala sakit kepala dan sakit belakang, ubat penahan muntah sekiranya anda berasa loya.
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Salmiah bt. Md. Sharif |
Penyemak | : | Dr. Nazhatussima bt. Suhaili |