Puan Syuhairah Binti Hamzah merupakan Pegawai Optometri di Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan memperoleh Ijazah Sarjanamuda Optometri (Dengan Kepujian).
Beliau telah terlibat dengan Klinik Optometri Spesialiti Kanta Lekap dari tahun 2005 – 2011 di Hospital Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga membantu pesakit dalam pelbagai masalah mata yang memerlukan penggunaan kanta lekap iaitu pesakit irregular cornea termasuk keratoconus, anisometropia, pediatric, high astigmatism, high myopia / hyperopia dan lain-lain.
Pengalaman kerja:
- 2002 – 2011: Hospital Kuala Lumpur
- 2011 – sekarang: Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia
Semakan Akhir: 01 Mac 2017