A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Pergigian Umum
  6. /
  7. Tabiat Mengisar Dan Mengetap...

Tabiat Mengisar Dan Mengetap Gigi

Perbuatan mengisar gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan.

Latar belakang

Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa pasangan dan anak kecil kita mengeluarkan bunyi yang menakutkan daripada gigi mereka di waktu malam ketika tidur. Sebenarnya, mereka mengisar gigi mereka tanpa sedar. Dalam bahasa perubatan ia dipanggil ‘bruxism’. Perbuatan mengisar gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan. Ianya boleh terjadi semasa tidur ataupun jaga. Mereka yang mempunyai masalah ini mungkin atau tidak mengalami sebarang simptom

Apakah penyebab tabiat mengancing dan mengetam/ mengetap gigi?

Tabiat ini mungkin disebabkan oleh:

  • Stres atau tekanan perasaan yang dirasakan setiap hari.
  • Perubahan gigitan yang mungkin berlaku akibat trauma atau rawatan gigi.
  • Susunan gigi yang tidak betul.
  • Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy
  • Posisi badan yang tidak betul
  • Perubahan hormon
  • Tidak diketahui punca

Apakah tanda-tanda dan akibat tabiat ini?

Antara tanda-tanda dan akibatnya adalah :

  • Permukaan gigi haus
  • Gigi atau tampalan patah
  • Sakit kepala
  • Sakit di bahagian sendi rahang
  • Gigi terasa ngilu atau sakit
  • Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut
  • Kesakitan/ luka di bahagian sudut mulut
  • Kesukaran untuk tidur
  • Sakit telinga
  • Sakit pada otot muka

Apakah yang anda boleh lakukan?

  • Meletakkan tuala basah yang suam pada sendi rahang
  • Tingkatkan kemahiran menangani stres
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Dapatkan nasihat doktor pergigian. Anda mungkin perlu:
    • Tampalan semula
    • Occlusal splint (pelindung mulut) untuk dipakai pada waktu malam

Sekiranya perbuatan mengisar gigi ini berkaitan dengan kesakitan pada sendi rahang, ada beberapa rawatan yang boleh didapati di klinik pergigian.

  • Sila rujuk cara menangani perbuatan mengisar gigi yang berkaitan dengan kesakitan pada sendi rahang.
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
    Dr. Chew Yoke Yuen
    Dr. Doreyat b. Jemun
    Dr. Norrizan bt. Basir
Penyemak : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah

Artikel Berkaitan

Rawatan Fraktur Tulang Pipi

Rawatan pembedahan tidak diperlukan jika fraktur tulang pipi tersebut stabil, tidak tergerak dan tiada sebarang komplikasi terhadap struktur muka yang bersebelahan. Namun begitu, pembedahan digalakkan jka ada masalah kosmetik atau ia mengganggu kehidupan harian.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia