A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tanda – Tanda Bukan Verbal Sakit Gigi

Kemahiran berkomunikasi merupakan asas untuk berhubung secara inter-personal. Walau bagaimanapun, komunikasi bukan verbal merupakan cara utama yang digunakan oleh golongan yang tidak boleh bercakap.

Kemahiran berkomunikasi merupakan asas untuk berhubung secara inter-personal. Dalam kehidupan seharian, komunikasi dilakukan secara verbal dan bukan verbal. Walaubagaimanapun, komunikasi bukan verbal merupakan cara utama yang digunakan oleh golongan yang tidak boleh bercakap.

Komunikasi bukan verbal terdiri daripada pelbagai ciri fizikal yang  ditunjukkan tanpa disedari ketika berinteraksi diantara satu sama lain. Ciri-ciri fizikal ini termasuk ekspresi muka, pergerakan badan, hubungan mata, postur, sikap dan nada suara. Dalam erti kata lain, komunikasi bukan verbal menggunakan bahasa badan sebagai satu cara untuk menyampaikan sesuatu pendapat, perasaan atau pengalaman. Orang yang mengalami Autisme, Palsi Serebrum dan Kekurangan Upaya Intelek mungkin bergantung lebih kepada jenis komunikasi bukan verbal.

Kesakitan yang dialami boleh diekspresi secara bukan verbal melalui:

  1. Perubahan ekspresi wajah seperti mengerutkan dahi dan mimik muka
  2. Perubahan emosi seperti menangis
  3. Tingkah laku yang luar biasa seperti  kelakuan agresif dan mencederakan diri sendiri
  4. Keengganan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti harian, seperti keengganan untuk makan atau tidur


    Gambarajah 1: Wong Baker Pain Scale– Skala kesakitan

 

Gambarajah 2: Tanda-tanda kesakitan gigi untuk golongan yang tidak boleh berkomunikasi secara verbal

Gambar 3: Tanda fizikal kesakitan gigi
Gambar 4: Menyentuh atau menepuk-nepuk pipi dan muka
Gambar 5: Bengkak Muka
 
 
*Sumber gambar: Artikel Bengkak Muka

Tanda kesakitan gigi bukan verbal

Sakit adalah satu pengalaman fizikal dan emosi yang amat tidak menyenangkan dan boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Orang yang boleh berkomunikasi secara verbal dapat menyuarakan kesakitan mereka untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan. Walaubagaimanapun, untuk orang yang tidak dapat berkomunikasi secara verba, merekal perlu bergantung kepada penjaga untuk mengenal pasti punca kesakitan dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

Kesakitan gigi yang dialami oleh orang yang bukan verbal adalah seperti berikut:-

  1. Tidak membenarkan gigi diberus atau enggan memberus gigi
  2. Mengelak memakan makanan atau minum minuman tertentu, seperti makanan dan minuman panas, sejuk atau manis
  3. Menyentuh, mencubit atau menepuk-menepuk muka dan pipi mereka
  4. Air liuh meleleh
  5. Menangis, mengerutkan dahi, dan berkelakuan agresif
  6. Meragam atau menangis pada waktu malam dan ketika berbaring
  7. Perubahan tingkah laku ketika waktu makan seperti kelakuan agresif, menghantuk kepala, menepuk diri sendiri (kepala dan badan), menggigit pipi dan sebagainya.

Tip-tip untuk penjaga

Penjaga merupakan orang yang pertama yang dapat mengenal pasti sekiranya orang yang dijaga sedang mengalami kesakitan gigi. Tanda-tanda fizikal kesakitan yang dialami yang boleh dikesan oleh penjaga adalah seperti berikut:-

  1. Bengkak di muka atau rahang dan demam
  2. Nafas berbau
  3. Gusi bernanah
  4. Gigi yang mereput dan tunggul gigi
  5. Gigi longgar
  6. Gusi bengkak
  7. Pendarahan gusi


Gambar Rajah 6: Tip-tip untuk penjaga

Kebolehan penjaga mengenalpasti tanda-tanda kesakitan gigi dapat mengurangkan beban kesakitan orang yang dijaga. Dengan tanda-tanda kesakitan gigi seperti yang telah diterangkan, penjaga dapat memastikan bantuan professional dapat dihulurkan secepat mungkin dan menjamin kesejahteraan orang yang dijaga.

Rujukan

  1. Knapp, M., Hall, J., & Horgan, T. (2014). Nonverbal Communication in Human Interaction: Wadsworth Cengage Learning.
  2. Raposa, K. A., & Perlman, S. P. (2012). Treating the Dental Patient with a Developmental Disorder: Wiley.
  3. Wong, D. L., & Baker, C. M. (1988). Pain in Children: Comparison of Assessment Scales. Pediatric Nursing, 14(1), 9-17

 

Semakan Akhir : 11 Mei 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Dasera Raj a/l Vedha Raj
Akreditor : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah

 

Artikel Berkaitan

Refluks Asid Dan Mulut Saya

Apabila seseorang mengalami regurgitasi asid, keadaan mulut boleh menjadi berasid disebabkan oleh jus gastrik yang terkeluar dari perut.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia