Apakah itu Taun?
Taun adalah penyakit jangkitan bakteria Vibrio cholerae pada usus kecil dan ini menyebabkan cirit birit yang teruk.
Di Malaysia, terdapat 133 kes taun pada tahun 2007 dengan kadar insiden 0.54 / 100,000 penduduk.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
- Cirit- birit mendadak yang banyak dan cair. Cirit – birit ini berbau busuk dan merupai air basuhan beras.
- Dehidrasi ( keadaan kekurangan air )
- Kadar nadi/degupan jantung yang laju
- Kulit kering
- Terlalu dahaga
- Mata cengkung
- Tiada air mata
- Letih lesu
- Teramat mengantuk / lemah
- Kurang kencing
- Cengkung bahagian ‘ubun ubun ‘ bagi bayi
- Kekejangan abdomen
- Loya
- Muntah
Tanda / gejala muncul dalam beberapa jam hingga lima hari selepas terdedah kepada jangkitan.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
- Melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan kuman taun.
- Kurang penjagaan kebersihan diri.
- Kurang rawatan pada air untuk di minum dan kumbahan/pembetungan.
Komplikasi
- Kehilangan cecair dari badan yang menyebabkan dehidrasi dan renjatan ( shock )
- Kematian / maut boleh berlaku dalam masa yang singkat jika tidak mendapat rawatan.
Rawatan
- Menggantikan cecair badan dan garam yang hilang.
- Berikan terapi Cecair Rehidrasi Oral (ORS)
- Pemberian cecair cecara infusi intravena
- Pemberian antibiotik seperti; Tetracycline, Doxycline dan Ciprofloxacin.
Bagaimanakah penyakit taun boleh di cegah?
- Sentiasa amalkan kebersihanan diri:
- Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum penyediaan makanan.
- Kekalkan kebersihan (sanitasi) dan sistem pembuangan tinja (najis) yang sesuai terutamanya selepas banjir atau bencana alam
- Elak makanan yang berisiko semasa berlaku wabak:
- Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan, makanan penjaja dan ais semasa berlaku wabak
- Makanan dan jenis minuman dari penjual di tepi jalan (cendol dan buah potong)
- Ais kecuali ais dibuat dari air masak atau air yang telah dibotolkan
- Makanan tidak masak atau ikan mentah atau jenis kekerang
- Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna ataupun masih panas
- Gunakkan air yang bersih sahaja
- Hanya minum air yang telah masak atau air yang telah dibotolkan sahaja
Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit taun?
Jumpa Doktor anda dengan segera.
Semakan Akhir | : | 26 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Aaisah Senin |
: | Norrani Eksan | |
Penyemak | : | Dr. Marzida Abd Latib |