A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Teknik Penggunaan Ubat
  6. /
  7. Teknik Penggunaan Pesari

Teknik Penggunaan Pesari

Pengenalan

Pesari adalah sejenis ubat yang dimasukkan ke dalam faraj untuk merawat jangkitan.

Contoh pesari

Ubat ini biasanya terdiri daripada bahan aktif ubat dan bahan bukan aktif seperti lemak koko (cocoa butter) atau minyak sayur-sayuran. Apabila dimasukkan ke dalam faraj, pesari akan cair pada suhu badan dan secara beransur-ansur akan melepaskan bahan aktif ke dalam faraj. Pesari biasanya digunakan untuk tujuan merawat masalah berkaitan dengan faraj.

Sebelum menggunakan pesari

Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi jika:

  • Anda alergi kepada sebarang ubat
  • Anda mempunyai sebarang masalah perubatan

Cara menggunakannya:

  1. Basuh tangan dengan bersih.
  2. Baca arahan pada label ubat.
  3. Keluarkan ubat dan applicator daripada foil aluminium atau plastik
  4. Masukkan ubat ke dalam applicator dan seterusnya masukkan bahagian applicator yang diisi dengan ubat ke dalam faraj. Jika anda mengandung, jangan gunakan applicator sebaliknya masukkan ubat terus ke dalam faraj menggunakan jari anda.
  5. Masukkan ubat tersebut sedalam yang boleh ke dalam faraj sama ada menggunakan applicator atau jari sambil baring dengan posisi kaki bengkok serta dikangkangkan.
  6. Jika menggunakan applicator tekan bahagian hujung untuk menolak ubat masuk ke dalam dan seterusnya keluarkan applicator dari faraj.
  7. Berada dalam posisi tersebut dalam 15 minit bagi memastikan ubat tersebut tidak keluar.
  8. Basuh tangan semula.

Penyimpanan

Simpan semua ubat di tempat yang selamat dan jauh dari kanak-kanak.

Simpan pesari dalam bekas asal dan di tempat yang sejuk serta gelap, kecuali diarahkan sebaliknya.

Jangan simpan pesari pada suhu melebihi 25°C.

Jangan gunakan pesari selepas tarikh luput yang tertera pada bekas asal.

Arahan khas

Jika terlupa dos, ambil serta merta. Sekiranya, waktu dos seterusnya sudah hampir abaikan dos tersebut dan tunggu untuk dos seterusnya.

Jangan gandakan dos.

Pesari mungkin mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan getah. Oleh yang demikian, jika menggunakan alat-alat perancang seperti kondom dan diafragma keberkesanan alat tersebut tidak dijamin.Akibatnya, terdapat risiko yang tinggi kondom atau diafragma menjadi nipis dan koyak semasa persetubuhan. Disyorkan supaya alat-alat perancang berasaskan getah tidak digunakan semasa rawatan.

Pesari yang sudah cair mungkin boleh keluar daripada faraj. Bagi mengelakkan daripada pakaian anda kotor, penggunaan pantyliner atau tuala wanita disyorkan.

Jangan gunakan tampon kerana ia boleh menyerap ubat sebelum ia ubat tersebut bertindak. Penggunaan pesari hendaklah diteruskan walaupun semasa haid.

Cuci applicator dengan air panas setelah selesai menggunakannya atau jika perlu menggunakannya untuk dos seterusnya.

Walaupun berasa telah sembuh, adalah penting untuk menggunakan semua pesari yang dibekalkan bagi tempoh tersebut.

Jika anda berasa tidak sembuh atau keadaan menjadi lebih teruk, sila berjumpa dengan doktor.

Gunakan pesari mengikut arahan yang dilabelkan.

Peringatan: Jangan telan pesari.

Kesan sampingan

Jika anda mengalami iritasi atau apa-apa kesan sampingan yang lain selepas menggunakan pesari, sila maklum kepada ahli farmasi atau doktor.

Semakan Akhir : 15 November 2013
Penulis : Kobu a/l Thiruvanackan
Akreditor : Norhayati bt. Musa

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia