A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Teknik Penyusuan Susu Ibu

Teknik Penyusuan Susu Ibu

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:
alt
altaltaltaltalt

 

Penyusuan susu ibu harus dimulakan dalam tempoh satu jam selepas bersalin.

Beberapa hari selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat dan berwarna cerah kekuningan yang dipanggil kolostrum. Kolostrum merupakan makanan pertama yang terbaik untuk bayi.

Anda dinasihatkan memberi susu ibu sahaja dari lahir hingga anak berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga anak mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.

Cara menyusu dengan baik.

  • Pastikan anda duduk dalam keadaan yang selesa.
  • Pegang bayi rapat menghadap anda dan payu dara.
  • Gunakan bantal untuk menyokong bahagian kepala, bahu, belakang, pinggang dan lengan anda.
  • Pastikan perut bayi bersentuhan dengan perut anda.
  • Pastikan kepala, leher dan belakang bayi lurus dan diampu.
  • Pastikan muka bayi menghadap payudara, hidung bertentangan dengan puting.
  • Jangan membongkok semasa menyusukan bayi.

Memulakan Penyusuan – Teknik Pelekapan

  • Pegang payu dara dengan cara pegangan “C”
  • Sentuhkan puting payudara ke bibir bayi bagi merangsang bayi untuk membuka mulutnya.
  • Pastikan bayi membuka mulut dengan luas.
  • Rapatkan mulut bayi ke payu dara.
  • Perhatikan perkara-perkara berikut untuk memastikan pelekapan yang betul:
    • Mulut bayi merangkumi sebahagian besar tompok hitam (areola) payu dara.
    • Bibir bayi melengkup keluar.
    • Dagu bayi menyentuh payu dara.
    • Pipi bayi kelihatan penuh dan bulat.
    • Dengar nada hisapan “hisap-telan-hisap-telan”.

Berikut adalah beberapa contoh posisi yang betul dan selesa yang boleh anda gunakan ketika menyusukan bayi.

  • Mendakap (Football hold)
  • Mendukung (Cradle)
  • Mendukung bersilang (Cross-cradle)
  • Berbaring (Lying down)
T

Tahap Kejadian Karies Gigi

Talasemia

Tebukan Spinal

Tekanan Darah Tinggi

Teknik Penyusuan Susu Ibu

Tonsillitis

 

Artikel Berkaitan

Ekspresi Hak Anda

wholesale jerseys wholesale jerseys   wholesale jerseys Ekspresi Hak Anda!

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,431

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia