A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Teknik Penggunaan Ubat
  6. /
  7. Teknik Suntikan Insulin

Teknik Suntikan Insulin

Diabetes dan Insulin

Kencing manis adalah sejenis penyakit di mana badan tidak dapat menghasilkan insulin (Type 1 Diabetes) atau insulin tidak dapat digunakan dengan sempurna (Type 2 Diabetes). Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal paras gula dalam badan. Insulin memastikan paras gula badan kita tidak terlalu tinggi (hiperglisemia) atau terlalu rendah (hipoglisemia). Untuk sesetengah pesakit diabetes, suntikan insulin diperlukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Teknik suntikan yang betul adalah sangat penting untuk memastikan pesakit mendapat respons yang optimum dari insulin.

Teknik Suntikan Insulin

Cara penggunaan suntikan insulin yang betul adalah:

A) Penyediaan Pen

  1. Buka penutup dan pusingkan pen. Masukkan rod piston dengan menekannya sehingga ke dalam.
  2. Masukkan kartrij insulin ke dalam pemegang kartrij. Bahagian kartrij yang berwarna dimasukkan dahulu.
  3. Tutup semula pen dengan memusingkan dengan ketat. Jikalau kandungan insulin anda adalah jenis yang keruh, katrij perlu digoncangkan dahulu sebelum guna (sila rujuk TIPS).

    insulin1

    TIPS:

    Jikalau kandungan insulin anda adalah jenis yang keruh, contohnya Mixtard 30, Insulatard, Insuman Basal, Insuman Comb 30, anda mesti menggoncangkan pen setiap kali sebelum anda suntik insulin.

    Anda boleh terbalikkan pen sebanyak 8-10 kali atau golekkan pen sebanyak 8-10 kali antara 2 tapak tangan, dengan perlahannya. Sila rujuk kepada gambar di bawah.

      insulin2

    B) Periksa Aliran Insulin (Priming)

  4. Gunakan jarum yang baru untuk setiap suntikan. Tanggalkan pelindung jarum dan masukkan jarum pada bahagian kartrij insulin yang berwarna. Buka penutup ‘luar’ dan simpan. Buka penutup ‘dalam’ dan buangkan.
  5. Tarik butang dos and dial insulin sebanyak 2 unit.
  6. Pegang pen secara menegak dan ketuk pen perlahan-lahan beberapa kali supaya gelembung udara naik ke atas kartrij insulin. Tekan butang dos sepenuhnya sehingga angka ‘0’. Titisan insulin sepatutnya kelihatan di hujung jarum. Jika tidak, ulangi langkah 4-6 sehingga titisan insulin kelihatan.

    insulin3

    C) Memilih Dos

  7. Tarik butang dos dan pusing sehingga mendapat dos insulin yang dipreskrib oleh doktor anda.
  8. Butang dos boleh dipusing ke depan atau ke belakang semula jika terdial dos yang salah. Insulin hanya akan dikeluarkan apabila butang ditekan.

    insulin4

    D) Menyuntik Dos

  9. Tolak jarum ke dalam badan secara perlahannya. Tekan butang dos sehingga menunjukkan angka ‘0’. Biarkan jarum di bawah kulit selama 10 saat sekurang-kurangnya untuk semua dos insulin masuk ke dalam badan. Tarik keluar jarum selepas habis suntikan.

    insulin5

  10. Tutup semula jarum dengan penutup ‘luar’ dan tanggalkan jarum daripada pen. Buangkan jarum yang telah dipakai ke dalam tin kosong yang ada penutup. Tutup semula penutup pen.

    insulin6

    Penggunaan jarum melebihi satu kali

    Jikalau jarum digunakan secara berulang kali, ia boleh menyebabkan ‘lipohypertrophy’, di mana kawasan suntikan menjadi keras. Ini boleh menjejas kadar penyerapan insulin dan kawalan gula dalam darah anda. Penggunaan jarum melebihi satu kali juga menambah risiko jangkitan kuman.

    Oleh itu, setiap jarum insulin digalakkan untuk digunakan SEKALI sahaja.

Tempat Suntikan Insulin

Terdapat empat bahagian untuk suntikan insulin, iaitu bahagian perut, paha, punggung dan lengan. Kadar penyerapan adalah berlainan bergantung kepada tempat suntikan:

  1. Paling cepat dari bahagian perut
  2. Sederhana dari lengan
  3. Lambat dari paha
  4. Paling lambat dari punggung

insulin7

TIPS: Anda digalakkan untuk menyuntik insulin di bahagian perut anda kerana kadar penyerapan di abdomen adalah paling seragam.

TIPS: Pastikan suntikan insulin berjarak satu inci dari tempat suntikan sebelumnya untuk mengelakkan kawasan tersebut menjadi keras (‘lipohypertrophy’).

insulin8

Penyimpanan Insulin

  1. Stok insulin yang tidak digunakan harus disimpan dalam peti sejuk.
  2. Insulin pen yang sedang digunakan disimpan di suhu bilik.
  3. Insulin yang tidak disimpan dalam peti sejuk akan luput selepas 1 bulan.
  4. Simpan di tempat yang jauh daripada sinaran matahari.
  5. Jangan simpan insulin di dalam kereta.
  6. Tanggalkan jarum selepas setiap suntikan.

Kesan Sampingan

Insulin boleh menyebabkan hipoglisemia (paras gula rendah dalam darah). Hipoglisemia berlaku apabila tahap gula lebih rendah dari 4.0 mmol/L. Tanda-tanda hipoglisemia adalah seperti menggeletar, berpeluh dingin, pening, lapar, gelisah dan berdebar-debar. Hipoglisemia boleh berlaku apabila:

  1. Tidak makan selepas suntikan insulin atau makan terlalu sikit
  2. Senaman berlebihan
  3. Dos insulin yang terlalu tinggi
  4. Masalah buah pinggang

Jika anda mengalami sebarang tanda hipoglisemia, ambil makanan/minuman bergula seperti 1 sudu besar madu, ¾ cawan jus, 3 sudu kecil gula dengan segeranya.

Sentiasa bawa bersama anda snek yang bergula seperti gula manis untuk menangani symptom hipoglisemia.

Rujukan

  1. Practical Guide to Insulin Therapy in Type 2 diabetes Mellitus. Ministry of Health Malaysia
  2. Clinical Practice Guideline Maangement of Type 2Diabetes Mellitus 5th Edition 2015.
  3. http://www.diabeteswellness.net/sites/default/files/Injections.pdf
  4. Novopen 4 Quick Guide.
Semakan Akhir : 15 September 2016
Penulis : Candy Lim Li Hui
Akreditor : Angeline Tan Meng Wah

Artikel Berkaitan

Oral Antikulat

Antikulat dan kegunaan Jangkitan kulat kedengaran membahayakan dan agak keterlaluan,

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia