–A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Terapi Bahasa & Pertuturan
  6. /
  7. Teknologi Berkomunikasi

Teknologi Berkomunikasi

Teknologi komunikasi menggunakan kaedah alternatif mampu mengembalikan senyuman anda.

Masihkah Ada Peluang Berkomunikasi Tanpa Suara?

Dunia sains dan teknologi berkembang bebas tanpa sempadan. Pelbagai kaedah komunikasi menggunakan telefon bimbit, tablet dan komputer menjadi pilihan pengguna. Kini kegagalan untuk bertutur bukan lagi penyebab anda tertekan. Teknologi komunikasi menggunakan kaedah alternatif mampu mengembalikan senyuman anda. Kecelaruan bahasa seperti afasia, apraksia, dan disartria atau kelewatan perkembangan bahasa boleh dibantu dengan intervensi menggunakan kaedah augmentatif dan alternatif (“Augmentative Alternative Communication”). Teknologi AAC terdiri daripada pelbagai sistem perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang intuitif dan mesra pengguna, dibina bertujuan untuk interaksi dua hala antara penutur dengan pasangan komunikasi. Kembali aktif untuk berkomunikasi dengan mengikuti 5 langkah-langkah bijak berikut.

5 Langkah untuk Memilih Kaedah Teknologi Komunikasi Alternatif dan Augmentatif (AAC)

  1. Kenali Apa Itu Komunikasi Alternatif dan Augmentatif / AAC.
  • Sistem, intervensi atau teknik yang sesuai untuk meningkatkan kebolehan berkomunikasi yang terhad.
  • AAC terdiri daripada perkakasan dan perisian yang mesra pengguna
    • AAC tanpa teknologi (cth: carta komunikasi)
    • AAC berteknologi sederhana (cth: GoTalk), dan
    • AAC berteknologi tinggi atau dikenali sebagai “speech generating device” (cth: Accent dari Prentke Romich Company) dan Dynavox.
  • Teknologi AAC dihasilkan dengan menyusun set-set perkataan di dalam kosa kata unggul (“core vocabulary”) yang boleh diguna semula oleh individu tanpa mengira usia.
  • Ayat-ayat pada skrin AAC berteknologi tinggi boleh dibaca oleh sistem sintesis suara secara kuat dan mampu menyimpan log pengguna untuk tujuan analisis bahasa.
  1. Kenali Kualiti Teknologi AAC
  • Semakin mahal harga seunit sistem AAC, semakin tinggi teknologi yang terdapat di dalamnya.
  • Perkataan di dalam sistem boleh dibina dengan menggunakan jari pada skrin sesentuh.
  • Sistem AAC mempunyai ciri-ciri “auditory scanning” yang menghasilkan“highlights” pada bahagian skrin mengikut paten tertentu.
  • Ia boleh diakses dengan pelbagai cara termasuk “head tracking” dan “eye tracking”.
  • Penghasilan suara atau “voice-output” adalah penting untuk memberi auditory feedback kepada pengguna.
  • Perisian “word-prediction” digabungkan di dalam sistem yang membolehkan ramalan perkataan dibuat ketika pengguna menaip perkataan huruf awal kata tersebut.
  • Program “VoiceOver” (untuk sistem ios) dan “Narrator” (dalam windows) boleh membaca perkataan pada skrin komputer secara kuat untuk orang kurang upaya menaip dengan tepat.
  1. Apakah Keperluan Asas yang Diperlukan
  • Tablet atau komputer menggunakan sistem Android atau iOS.
  • Pilih aplikasi AAC yang sesuai dengan kebolehan bahasa anda.
  • Pilih terapis pertuturan yang berkemahiran mengajar bahasa menggunakan teknik alternatif.
  • Jalani proses intervensi AAC dan semangat yang tinggi.
  • Sentiasa berbincang keperluan AAC anda dengan terapis pertuturan bahasa dan terapis carakerja bagi memaksimumkan penggunaannya.
  1. Mari Mencuba Aplikasi AAC
  • Biarkan anak-anak anda meneroka aplikasi AAC di dalam tablet anda dan jangan halang minat untuk menggunakannya dengan cara “trial and error”.
  • Belajar secara auditori, kinestetik dan visual.
  • Jadikan pembelajaran bahasa menggunakan AAC menarik, menggembirakan dan memberi ganjaran positif kepada mereka.
  • Berikan masa untuk individu belajar mengenali aplikasi AAC kerana pengguna kaedah alternatif memerlukan masa yang panjang untuk mahir atau menjadi automatik.
  1. Memulakan Hari Ini
    Intervensi menggunakan kaedah augmentatif dan alternatif harus dilakukan seawal mungkin dan pastinya perlu dikendalikan oleh terapis pertuturan dan bahasa yang berkelayakan. Perkara yang anda harus tahu ialah :

    • Muat turun dengan mudah di Play Store atau iTune dengan perbincangan dengan terapis pertuturan berkenaan dengan aplikasi yang sesuai untuk digunakan.
    • Intervensi bahasa menggunakan kaedah alternatif adalah proses yang kompleks. Pastikan terapis pertuturan anda mahir dan membantu anda menilai keperluan asas sebelum menggunakan teknik ini.
    • Sebelum intervensi, terapis perlu mengambil kira kebolehan anda menggerakkan jari, kepala, leher atau jari kaki serta mata.
    • Belajar teknik “row column” scanning iaitu melihat ikon di atas skrin dari kiri ke kanan serta atas ke bawah yang mampu membantu pemilihan perkataan secara sistematik.
    • Suai padan aplikasi di dalam sistem teknologi komunikasi berdasarkan kekuatan dan kelemahan anda.
      • Kesesuaian program dengan kebolehan bahasa sedia ada pengguna
      • Kebolehan manipulasi tangan serta anggota badan untuk mengaktifkan sistem komunikasi
      • Kebolehan membina ayat secara automatik dengan latihan bahasa yang teratur.
    • Anda boleh menghubungi Nadwah Onwi (nadwaho@gmail.com) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AAC atau terapis pertuturan di sekitar anda.

     

The use of speech generating device, Vantage Lite with Minspeak vocabulary gain interest among children with language limitation
Penggunaan aplikasi bahasa Minspeak di dalam “speech generating device” Vantage Lite, menarik minat kanak-kanak.

Contoh aplikasi yang boleh di muat turun secara percuma atau berbayar.

  1. Aplikasi AAC Percuma.
    • Sono Flex Lite di sistem iOS
    • Able AAC Free
    • JabTalk
    • Talk – Text to Voice by Abast Multimedia Communciation

  2. Aplikasi AAC Berbayar
    • Proloquo2Go keluaran Assistive Ware
    • LAMP: Words for Life

Nota: Penulis tidak mencadangkan mana-mana aplikasi untuk kegunaan pengguna AAC. Sila dapatkan penilaian lengkap sebelum anda mendapatkan aplikasi-aplikasi tersebut ini.

Rujukan

  1. Dynavox. Peroleh dari http://www.tobiidynavox.com/
  2. Prentke Romich Company Website. Peroleh dari http://www.prentrom.com/
  3. aacinstitute.org
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Nadwah bt. Onwi
Akreditor : Zaidi bin Ya’acob
Penyemak : Nadwah nt. Onwi

Artikel Berkaitan

Demam Panas: Rawatan Awal

Demam biasanya satu tanda bahawa sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan anda. Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika ia mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia