A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kecemasan
  6. /
  7. Tercekik : Rawatan Awal

Tercekik : Rawatan Awal

Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan ( trachea) tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek.

Pengenalan

Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian tercekik sering berlaku pada kanak-kanak dan ia merupakan salah satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak.

Gejala dan Tanda-Tanda

  1. Susah bernafas secara tiba-tiba
  2. Bunyi pernafasan tidak normal
  3. Menggenggam kerongkong/leher
  4. Susah bercakap
  5. Batuk
  6. Kebiru-biruan pada bibir
  7. Pernafasan yang laju
  8. Pengsan

Rawatan Awal

Di tempat Kejadian

  1. Bayi  – berumur kurang dari 1 tahun (sedar)
    • Pastikan bayi boleh menangis atau batuk
    • Buka mulut bayi dan periksa benda asing. Keluarkan jika kelihatan. (Jangan lakukan jolokkan  jari kedalam mulut bayi yang mana ia boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk)
    • Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala bayi terkulai sedikit kebawah
    • Tepuk sebanyak 5 kali di belakang dada bayi
    • Terlentangkan bayi serta keluarkan benda asing jika kelihatan
    • Sekiranya bayi masih tercekik, letakkan 2 jari di bahagian tengah-tengh dada dan lakukan 5 kali tekanan
    • Sekiranya bayi tiba-tiba tidak sedarkan diri, mulakan CPR
    • Hubungi ambulans (999)
  2. Kanak-kanak – 1 hingga 8 tahun (sedar)
    • Pastikan kanak-kanak yang tercekik boleh bercakap atau batuk
    • Arahkan mangsa batuk sekiranya berupaya sehingga benda asing keluar
    • Sekiranya gagal, lakukan 5 tepukan antara tulang belikat mangsa dengan kedudukan kepala lebih rendah.
    • Sekiranya gagal, lakukan Heimlich  Manouvre (tekanan di bawah diafragma) sehingga benda asing terkeluar.
    • Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan
    • Lakukan CPR sekiranya mangsa tidak sedarkan diri
    • Hubungi ambulans (999)
  3. Dewasa (sedar)
    • Arahkan mangsa supaya batuk beberapa kali sehingga benda asing terkeluar
    • Sekiranya gagal, bongkokkan mangsa ke depan dan tepuk sebanyak 5 kali di belakang tulang belikat
    • Sekiranya gagal lakukan ‘Heimlich  Manouvre’
      • Berdiri di belakang mangsa
      • Letakkan kedua-dua tangan anda di pinggang mangsa
      • Tekan abdomen menggunakan genggaman tangan dengan cepat kearah dalam dan ke atas
      • Bagi wanita yang mengandung atau mangsa yang gemuk tekanan dada boleh dilakukan.
      • Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan
      • Lakukan CPR sekiranya mangsa pengsan
      • Hubungi ambulans
  4. Bayi berumur kurang dari 1 tahun (tidak sedar)
    • Nilai keadaan bayi
    • Buka saluran pernafasan bayi dengan mendongakkan kepala dan angkat dagu bayi
    • Periksa mulut bayi sekiranya terdapat bendasing
    • Keluarkan bendasing dengan menggunakan jari sekiranya kelihatan
    • Sekiranya bayi tidak bernafas setelah bendasing dikeluarkan  berikan bantuan pernafasan
    • Perhatikan pengembangan dada/ dan nilai  pernafasan bayi
    • Jika tiada, lakukan CPR
    • Hubungi ambulans (999)
  5. Kanak-kanak 8 tahun Keatas dan Dewasa (Tidak Sedar)
    • Nilai keadaan mangsa
    • Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongakkan kepala dan angkat dagu mangsa
    • Periksa mulut mangsa  sekiranya terdapat benda asing
    • Keluarkan benda asing dengan menggunakan jari sekiranya kelihatan
    • Sekiranya mangsa tidak bernafas setelah benda asing dikeluarkan,  berikan bantuan pernafasan
    • Perhatikan  pengembangan dada/ dan nilai  pernafasan mangsa
    • Jika tiada, lakukan CPR
    • Hubungi ambulans (999)

Langkah Pencegahan

  1. Jangan biarkan kanak- kanak  makan ketika bermain
  2. Makanan hendaklah dalam bentuk saiz kunyahan
  3. Memastikan tempat-tempat permainanan kanak-kanak tidak terdapat benda-benda kecil seperti manik-manik, butang, duit syiling dan sebagainya
  4. Elakkan makanan yang mudah menyebabkan tercekik bagi kanak-kanak
  5. Elakkan permainan- permainan  kecil yang mudah dimasukkan ke dalam mulut kanak-kanak

Komplikasi

  1. Jangkitan pada paru-paru
  2. Kerosakkan pada otak
  3. Kematian

Tatacara Melakukan Pertolongan Bagi Mangsa Dewasa Tercekik

Penilaian :    Pastikan mangsa boleh bercakap dan batuk  1
 Tindakan : Tanya mangsa  “Adakah anda  tercekik?”  
 

Mangsa akan menunjukkan isyarat dengan tangannya dengan memegang leher.

Arahkan mangsa batuk dengan sekuatnya untuk mengeluarkan benda asing.

 

 

 SEKIRANYA GAGAL, LAKUKAN :  
 

TEKANAN ABDOMEN (Heimlich Maneuver)

Berdiri di belakang mangsa dan letakkan kedua-dua tangan anda di pinggangnya. Tekan abdomen menggunakan genggaman tangan dengan cepat ke arah dalam dan
ke atas.

2

TEKANAN DADA
(Tekanan dada boleh dilakukan pada mangsa
yang gemuk atau yang sarat mengandung) 

Berdiri di belakang mangsa dan letakkan kedua-dua tangan anda di bawah ketiak mangsa mengelilingi dadanya. Tekan dengan cepat arah ke dalam.

 3

Rujukan

  1. Basic Life Support Guidelines 2010. Handbook for Healthcare Provider 5th Edition, Penang Cardio Pulmonary Resustitation Soceity
  2. Bantuan Hidup Asas. Panduan Penyelamat Jantung. Buku Panduan Resusitasi Kardiopulmonari Dan Pertolongan Cemas bagi Mangsa tercekik, Institut Jantung Negara
  3. Panduan Pertolongan Kecemasan untuk Pengamal Penjagaan Kesihatan. Tamby Subyr Hj Mohamed Meeran
 Semakan Akhir 23 Ogos 2019
 Penulis Rosman bin Md. Raihan 
 Akreditor Zulhelmi bin Abdullah 
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

Strok Haba (Heat Stroke)

Berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah celcius atau lebih) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.

Terbakar dan Melecur

Tahap Satu – Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja. Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit
Tahap Dua – Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan
Tahap Tiga – Kecederaan yang menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit, juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang.

Luka Tembakan : Rawatan Awal

Luka ini berpunca daripada kemasukan peluru atau lain-lain pelontar ke dalam tubuh badan yang menyebabkan kecederaan dalaman yang serius. Luka pada titik kemasukan peluru mungkin kecil dan bersih tetapi luka di dalam mungkin lebih serius serta lebih besar akibat peluru yang berselerak.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia