Utusan Malaysia Khamis, 28/04/2011 ‘Tidak larang nasi lemak dijual di kantin’ KUALA LUMPUR 27April – Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan larangan penjualan nasi lemak di sekolah menerusi garis panduan penyediaan hidangan sihat seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebaliknya garis panduan yang dikeluarkan sebelum ini hanya berupa cadangan kepada pengusaha kantin agar mempelbagaikan jenis makanan yang sihat kepada pelajar. “Garis panduan yang dikeluarkan kelmarin merupakan satu cadangan dan bukan undang-undang baru untuk memaksa pengusaha kantin mematuhinya. “Tujuan Kementerian adalah mahu meningkatkan kesedaran para pelajar untuk mengamalkan gaya hidup dan cara pemakanan yang lebih sihat,” katanya pada siding akhbar di sini, hari ini. Dalam pada itu, Tiong Lai memberitahu, garis panduan berkenan kini sedang dibincangkan oleh jawatankuasa khas bersama Kementerian Pelajaran. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar jangan risau dengan garis panduan berkenaan kerana kerajaan tidak akan melarang pengusaha kantin sekolah dari menjual nasi lemak. |
|
{module berita:news} |