Kurang Upaya Pendengaran dan Proses Komunikasi
Proses komunikasi merupakan rutin penting dalam kehidupan seharian. Kita perlu berkomunikasi untuk membentuk hubungan baik sesama insan, memberitahu kehendak diri serta memahami mesej yang disampaikan oleh individu lain. Masalah pendengaran merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada halangan komunikasi dan ketidaksampaian maklumat . Keadaan ini boleh menyebabkan ketegangan pada individu yang mempunyai masalah pendengaran serta pada individu lain yang turut terlibat dalam proses komunikasi. Justeru, artikel ini akan menyelongkar beberapa tips mudah yang boleh membantu menangani halangan komunikasi akibat masalah pendengaran.
Tips Umum: Sedar akan Masalah Pendengaran
TINDAKAN |
CONTOH |
Mendapatkan perhatian rakan komunikasi sebelum memulakan perbualan. |
|
Memastikan kadar bunyi bising dalam persekitaran anda adalah rendah. |
|
Memastikan kedudukan anda dan rakan komunikasi adalah dalam jarak yang dekat. |
|
Berhadapan dengan wajah rakan komunikasi. |
|
Bercakap dengan jelas. |
|
Perbualan Telefon: Biarkan Ringkas
TINDAKAN |
CONTOH |
Bercakap dengan tona suara yang biasa |
|
Mengurangkan kadar bunyi bising dalam persekitaran. |
|
Menyertakan bahan bertulis untuk meringkaskan perbualan telefon. |
|
Berkomunikasi Berkomunikasi dengan Golongan Istimewa yang Mempunyai Masalah Pendengaran
Proses komunikasi dengan golongan istimewa seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai kekurangan upaya deria atau anggota lain mungkin bukan tugas yang mudah.Respon yang perlahan daripada golongan sebegini boleh menguji kesabaran anda. Tips umum boleh diamalkan semasa berkomunikasi dengan golongan ini. Namun demikian, penerimaan masalah pendengaran dan pemberian rasa hormat terhadap golongan yang mempunyai masalah pendengaran boleh membantu mereka untuk berkomunikasi dengan yakin.
Membentuk Pandangan Realistik terhadap Peranan Alat Bantu Pendengaran
Penggunaan alat bantu pendengaran boleh membantu meningkatkan keupayaan pendengaran. Namun demikian, alat tersebut tidak boleh mengembalikan pendengaran ke tahap normal. Walaupun alat bantu pendengaran yang terkini dilengkapi dengan teknologi pengurangan bunyi bising persekitaran, pengguna alat bantu pendengaran masih boleh mengalami masalah akibat kesan bunyi bising dari persekitaran. Oleh yang demikian, keadaan persekitaran tanpa gangguan bunyi bising berlebihan dan efek gema serta jarak komunikasi yang selesa sememangnya memudahkan pengguna alat bantu pendengaran untuk memahami bunyi pertuturan.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, perbualan yang ringkas dan penggunaan struktur ayat yang pendek boleh memudahkan proses komunikasi dengan individu yang mempunyai masalah pendengaran. Elakkan penggunaan ayat yang kompleks serta kosa kata baru. Perhatikan jarak komunikasi serta kadar bunyi bising daripada persekitaran. Pastikan anda menggunakan suara yang jelas dan berada berhadapan dengan rakan komunikasi yang mempunyai masalah pendengaran agar mereka dapat meneka bunyi pertuturan melalui gerak-geri mulut serta ekpresi wajah. Akhir sekali, amalkan sifat empati dan kesabaran apabila berkomunikasi dengan golongan yang mempunyai masalah pendengaran.
Rujukan
- Hearing Loss Association of America. (2005). Living with hearing loss. Retrieved from http://www.hearingloss.org/content/living-hearing-loss
- Adult Aural/Audiologic Rehabilitation American Speech-Language Hearing Association. (1997). Adult aural/audiological rehabilitation. Retrieved from http://www.asha.org/public/hearing/Adult-Aural-Rehabilitation/
- Dillon,H. (2001).Counselling the new hearing aid wearer. In Dillon,H (Ed.), Hearing aids (pp332-337). New York: Boomerang Press.
Semakan akhir | : | 10 Mac 2014 |
Penulis | : | Revathy a/p Sevasankaran |
Akreditor | : | Nur Azyani bt. Amri |