A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tips Keselamatan: Boling

Boling merupakan salah satu sukan rekreasi yang menjadi kegemaran ramai. Namun ada yang menjadikan sukan ini sebagai kerjaya mereka.

Walaupun boling adalah sukan yang tidak melibatkan sentuhan di antara pemain, namun anda masih boleh mendapat kecederaaan jika tidak bermain dengan cara yang betul. Contohnya; mengangkat bola boling di atas permukaan yang licin boleh menyebabkan kecederaan.

Persekitaran di kawasan permainan boling boleh menyebabkan dua jenis kecederaan iaitu kecederaan daripada jatuh atau kecederaan daripada terkena bola. Patuhi peraturan dan arahan ketika bermain boling boleh mengelakkan daripada mendapat kecederaan yang disebabkan oleh kecederaan.

Satu lagi jenis kecederaan yang boleh terjadi ketika bermain boling ialah Bowler’s tendonitis. Ini disebabkan oleh penggunaan berlebihan tendon di sendi siku.

Bowler’s tendonitis image from www.jirolu.net

Koyakan kecil dan inflamasi pada tendon disebabkan oleh tekanan dan pergerakan yang berulang-ulang pada tempat melekatnya tendon dengan tulang. Bowler’s tendonitis kerap berlaku di kalangan pemain remaja dan golongan berumur, dan juga mereka yang terlibat di dalam pertandingan sukan boling.

Pemain boling professional boleh mendapat Bowler’s tendonitis oleh kerana mereka bermain dengan kerap. Mereka perlu menjarakkan sesi latihan untuk mengurangkan risiko untuk mendapat masalah ini.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan keadaan ini:?

  • Biomekanik boling yang lemah

    Pergerakan yang tidak natural dan dipaksa akan memberi tekanan kepada sendi dan tendon. Pergerakan yang melampau ntuk menghasilkan balingan bola boling yang baik akan memberi tekanan kepada jari, pergelangan tangan, siku dan bahu.

    Keadaan ini selalu dilihat pada di kalangan orang muda kerana mereka ingin menghasilkan balingan bola yang baik.

    Correct biomechanic for bowling image from www.thepaincenter.com

  • ?Keadaan fizikal yang lemah

    Otot yang lemah dan sendi yang kurang fleksibel meningkat risiko kecederaan.

  • ?Pergerakkan yang berulang-ulang. Ulangan yang tinggi

    Pergerakan yang berulang-ulang di dalam sukan ini memerlukan biomekanik yang betul untuk mengelakkan kecederaan. Sesi rehat yang secukupnya semasa latihan diperlukan untuk memulihkan anggota tubuh yang terlibat.

  • ?Lubang jari yang tidak bersesuaian

    Saiz jari yang tidak bersesuaian dengan saiz lubang di bola boling akan memberi tekanan dan membebankan jari dan pergelangan tangan. Pemilihan bola yang sesuai memerlukan nasihat daripada mereka yang arif.

Garis panduan teknik bermain yang betul untuk mengurangkan kecederaan:?

  • Angkat bola menggunakan kedua belah tangan

    Angkat bola menggunakan kedua belah tangan anda dan jangan letak jari anda di lubang boling sehinggalah anda telah mengangkatnya.

    Anda akan meletakkan tekanan pada jari anda jika mengangkatnya dengan jari anda dari awal. Jika bola itu berat, anda berisiko untuk mencederakan jari anda.

  • ?Guna kasut boling yang bersesuaian

    Selalu gunakan kasut boling yang bersesuaian.

    Kasut boling mempunyai permukaan khas yang tidak licin supaya anda tidak tergelincir. Kasut boling juga melindungi permukaan varnis lorong boling tersebut.

    Kasut biasa akan melekat dengan lantai lorong boling dan boleh menyebabkan anda tersungkur ke depan ketika membuat balingan.

    Jangan meletakkan bedak (powder) dengan tujuan untuk menggelongsor.

  • ?Jangan melangkaui garisan lorong

    Terdapat satu garis dipanggil garis faul. Anda tidak boleh melangkaui garisan ini lantai selepas garisan tersebut diliputi lapisan minyak khas bagi membantu bola berpusing dengan lancar.

    Melangkaui garisan tersebut boleh menyebabkan anda tergelincir dan jatuh. Jika ada bola terhenti di tengah lorong, biarkan sahaja. Maklumkan kepada staf yang bertugas.

  • Tunggu sehingga bola kembali

    Tunggu sehingga bola kembali kepada anda melalui rak mesin mekanikal. Jangan menyeluk tangan ke dalam rak kerana ia boleh menyebabkan kecederaan serius.

    Jangan letakkan tangan anda pada rak tersebut kerana bola akan sampai pada bila-bila masa dan melanggar tangan anda.

  • ?Bermain dengan etika bersesuaian

    Boling merupakan satu sukan yang menyeronokkan, pastikan anda mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pusat boling.

    Berhati-hati apabila anda melakukan balingan. Pastikan tiada orang di sekeliling anda. Selalu perhatikan sekeliling anda.

    Jangan menekan butang untuk menyusun pin jika ada orang di situ.

    Jangan sesekali membaling bola pada pin sekiranya seseorang sedang bekerja di sana atau jika pin belum bersedia untuk menerima balingan.

Rujukan

  1. Clinical Sports Medicine, Peter Brukner and Karim Khan

  2. www.sportscardlists.com

  3. www.beginnerbowlingtips.com

Last Reviewed : 24 June 2015
Writer : Lt. Kol. Dr. Ridzuan bin Azmi
Translator : Lt. Kol. Dr. Ridzuan bin Azmi
Accreditor : Dr. Norharlina binti Bahar

 

Artikel Berkaitan

Sindrom pra-haid

Sindrom prahaid (premenstrual syndrome) adalah keadaan di mana gadis atau wanita akan mengalami gangguan emosi dan gejala fizikal pada waktu sekitar kedatangan haid dan gejala hilang selepas kedatangan haid.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,797

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia