A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tips Keselamatan: Hoki

Hoki boleh dianggap sebagai salah satu sukan yang digemari di negara kita. Terdapat pelbagai perancangan untuk memastikan sukan ini mendapat pengiktirafan dunia.

Mengetahui bahawa hoki adalah sejenis sukan yang melibatkan perlanggaran antara pemain, kecederaan boleh berlaku dari yang sederhana seperti pada kecederaan  tisu badan sehinggalah yang mendatangkan kemudaratan. Kadar dan tahap kecederaan bergantung kepada kekerapan perlanggaran dan kelajuan bola serta hayunan kayu hoki terhadap pemain.

Namun begitu, risiko kecederaan ini boleh dikurangkan melalui pendidikan yang bersesuaian berpandukan pada garis panduan sedia ada.

Kecederaan akut boleh terjadi dari impak pukulan kayu hoki, bola, perlanggaran dari pemain pihak lawan, permukaan padang dan tiang gol.

Kecederaan yang biasa berlaku adalah seperti berikut:

  • Konkusi

    • Selalunya terjadi apabila adanya pukulan atau terjatuh dan melibatkan bahagian kepala. Konkusi ditakrifkan sebagai kecederaan pada otak yang menganggu fungsi normal otak samada secara sementara atau berkekalan.

    • Kebiasaannya pemain masih sedar.

    • Tanda-tanda boleh menjadi ketara atau tidak ketara dan boleh bermula selepas berhari-hari kejadian.

    • Ini adalah tanda-tanda konkusi:

      • Sakit kepala

      • Pening

      • Loya atau muntah

      • Hilang keseimbangan

      • Masalah visual seperti sensitif pada cahaya, penglihatan berganda, kabur

      • Sukar untuk menumpukan perhatian

      • Kebingungan

      • Hilang ingatan

      • Hilang minat pada aktiviti atau perkara yang diminati

    • Jurulatih atau ibu bapa seharusnya berhati-hati dengan keadaan ini dan perlu merasa sangsi jika terdapat tanda yang disebutkan di atas. Semua konkusi adalah serius dan harus mendapat rawatan daripada doktor yang terlibat dengan sukan.

  • Kecederaan anggota atas dan bawah

    • Kecederaan anggota atas biasanya berlaku akibat dari jatuh atau perlanggaran dengan pemain lain. Luka, terseliuh dan kekejangan boleh dirawat di padang.

    • Kecederaan serius seperti sendi terkeluar atau patah tulang harus menggunakan anduh sebelum dirujuk ke pusat perubatan berdekatan.

    • Kecederaan lutut terjadi disebabkan koyak pada ligamen yang menyokong kestabilan sendi.Kecederaan pada Ligamen ACL (anterior cruciate ligament) adalah yang sering berlaku. Bunyi ‘pop’ akan kedengaran ketika kecederaan berlaku diikuti dengan sakit dan bengkak sejurus selepas itu.

    • Ketegangan pada otot di celah paha (groin) disebabkan oleh tarikan atau koyak pada otot adductor yang selalu berlaku pada pemain hoki. Sesi pemanasan dan regangan sebelum permainan boleh mengelakkan perkara ini.

      Groin strain image from www.urban-rehab.org

  • Kecederaan muka

    • Kemalangan akibat perlanggaran dengan bola atau kayu hoki akan menyebabkan kecederaan pada muka. Kebanyakan kecederaan menyebabkan luka kecil dan lebam. Tetapi kecederaan serius seperti tusukan pada mata, patah gigi, patah tulang muka dan sendi terkeluar semuanya memerlukan rawatan kecemasan.

Menjadi satu kemestian untuk merancang dan melakukan strategi bagi mengelakkan kecederaan dari berlaku. Ini adalah sebahagian darinya:

  • Peralatan perlindungan

    • Pemakaian pad perlindungan pada tulang kering telah terbukti berkesan mengurangkan kecederaan pada anggota kaki dalam sukan yang melibatkan tendangan. Walau bagaimanapun ia boleh dipraktikkan semasa bersukan. Pemain seharusnya sentiasa memakai pad perlindungan ini tidak kira sesi latihan mahupun perlawanan.

    • Pelindung mulut dipakai sepanjang permainan.  Ia boleh melindungi gigi dan tulang rahang dari patah. Ia seharusnya dipakai mengikut kesesuaian dan keselesaan pemain.

    • Walaubagaimanapun penggunaan alat perlindungan mata dan sarung tangan masih dalam kajian.

      Mouth guard image from static.webstarts.com

  • Pemanasan, regangan dan penyejukan

    • Jurulatih dan pemain harus tahu kepentingan pemanasan serta regangan sebelum bermain. Ianya dapat mengurangkan kejadian dan tahap keterukan kecederaan tersebut.

    • Aktiviti penyejukan selepas bermain membantu pemulihan otot  selepas aktiviti lasak.

  • Kecergasan dan kemahiran secukupnya

    • Pemain harus memberi perhatian terhadap kecergasan dari segala aspek termasuklah aerobik, kekuatan dan daya tahan otot serta fleksibiliti. Jika terdapat kelemahan dalam mana-mana aspek, ianya harus dipulih sebelum bermain.

    • Bincang dengan jurulatih anda dan doktor bagaimana hendak merangka latihan penyesuaian anda.

  • Nutrisi dan hidrasi yang baik

    • Memandangkan sukan hoki adalah sukan yang menggunakan tenaga yang tinggi. Pemain harus menitikberatkan aspek pemakanan. Pemain harus tahu berapakah pengambilan tenaga yang sesuai untuk menggantikan tenaga yang telah digunakan semasa bermain.

    • Air peluh yang banyak keluar semasa bermain boleh mengakibatkan dehidrasi yang boleh menyebabkan prestasi pemain merosot. Oleh itu strategi hidrasi perlu dirancang untuk mengelakkan risiko mendapat dehidrasi.

    • Ibu bapa serta jurulatih harus memberi perhatian pada pemain wanita yang mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal. Masalah ini telah dikaitkan dengan masalah pemakanan serta berrisiko untuk mengalami osteoporosis pada usia muda.

  • Peraturan dan hukuman

    • Peraturan dalam permainan pada mana-mana sukan merupakan kunci utama dalam mengelakkan kecederaan. Pengadil mempunyai tugas untuk melindungi semua pemain semasa perlawanan.

    • Sesetengah peraturan digunakan bagi mengurangkan cara permainan yang berbahaya. Peraturan had bagi kecederaan bola dan kayu hoki telah digunapakai.

    • Persatuan Hoki Antarabangsa telah menyatakan bahawa pemain yang mengakibatkan kecederaan yang menyebabkan pendarahan harus dikeluarkan. Luka tersebut mestilah dihentikan dan dibalut sebelum masuk semula ke padang.

Rujukan

  1. Clinical Sports Medicine, Peter Brukner and Karim Khan

  2. www.stopsportsinjuries.org

  3. www.monash.edu.au

Last Reviewed : 22 December 2014
Writer : Lt. Kol. Dr. Ridzuan b. Azmi
Translator : Lt. Kol. Dr. Ridzuan b. Azmi
Accreditor : Dr. Norizzati Bukhary bte. Ismail Bukhary

 

Artikel Berkaitan

Tekanan Darah Remaja

Anda mungkin rasa sihat dan tidak sedar yang tekanan darah anda tinggi sehingga anda membuat pemeriksaan. Apabila tekanan darah tinggi, ini mungkin bererti anda juga menghidap penyakit yang melibatkan anggota tubuh yang lain (buah pinggang atau kelenjar)

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,698

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia