A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tips Keselamatan: Ragbi

Ragbi merupakan sukan yang memerlukan  kemahiran seperti kelincahan, kelajuan serta kekuatan. Sebilangan besar kecederaan berlaku akibat pertembungan

Berikut merupakan lima jenis kecederaan yang lazim berlaku dalam sukan ini:

  1. Koyak otot hamstring

    Regangan atau koyak pada gentian otot dan tisu sekeliling. Rawatan bergantung pada tahap keterukan bermula dari konservatif sehinggalah pembedahan.

    Terdapat risiiko yang lebih tinggi bagi atlit untuk mendapat strain lagi sekiranya atlit itu pernah berdepan dengan masalah ini.

  2. Kecederaan muka dan kepala

    Tahap keterukan selalunya lebih pada posisi pemain hadapan. Laserasi dan lebam pada mukaadalah biasa.

    Konkusi pada pemain juga  lazim berlaku sehingga rawatan tentang perkara ini telah dibincangkan di dalam Persidangan Konkusi di Zurich tahun 2012.

  3. Sendi terseliuh – buku lali dan bahu

    Buku lali terseliuh adalah jenis kecederaan yang paling kerap berlaku dalam mana-mana sukan. Ligamen lateral yang koyak adalah kecederaan yang tertinggi berlaku . Ini membawa  risiko tinggi  bagi mendapat lagi kecederaan ulanag yang sama serta boleh mengakibatkan sendi buku lali yang tidak stabil.

    Sendi bahu yang terseliuh selalu berlaku pada sendi akromio-klavikular. Ini disebabkan oleh jatuh pada bahu ataupun dirempuh pihak lawan.

    AC joint separation image from www.orthogate.com
  4. Patah – tulang jari dan tulang selangka

    Patah pada tulang jari berlaku apabila pemain cuba menangkap bola tetapi pertembungan berlaku pada hujung jari.

  5. Sendi terkeluar – bahu

    Biasanya berlaku apabila jatuh dengan tangan yang terbuka keluar. Keadaan ini memerlukan rawatan segera dari doktor.

Sifat permainan ragbi itu tersendiri mengakibatkan  kecederaan akan berlaku. Berlari boleh menyebabkan tendonitis di bahagian lutut , buku lali dan tulang kering serta sering berlaku radang pada bursa.

Walaupun kecederaan tidak serius, namun ia akan menganggu prestasi pemain dan jika dibiarkan akan menjejaskan keupayaan pemain.

Bagaimana anda mengelak dari cedera semasa bermain ragbi

Penggunaan pelindung kepala tidak mengurangkan risiko mendapat konkusi tapi boleh mengurangkan risiko luka laserasi.

Pemain harus beringat bahawa kecederaan masih boleh berlaku walaupun mereka menggunakan alat perlindungan.

  • Persediaan fizikal

    Ini termasuk penyesuaian, pemanasan, regangan dan penyejukan badan.

    mempertingkatkan kemahiran individu dan pasukan sebelum memasuki pertandingan.

    Kecederaan akan berkurang jika kemahiran semakin meningkat. Berikan tumpuan pada tackling semasa latihan berterusan.

  • Peralatan perlindungan yang sesuai

    Pelindung mulut harus dipakai sepanjang masa semasa latihan dan pertandingan. Ianya harus diganti jika rosak.

  • Guna teknik dan latihan yang baik

    Cuba berpijak di atas rumput ketika melakukan breakdown. Latihan berterusan secara berpasukan ketika breakdown adalah penting dan mengelak dari berlakunya kesalahan.

    Ikuti teknik yang betul ketika melakukan de-powering the scrum sepanjang masa.

    Pendidikan berterusan kepad pemain dan jurulatih mustahak untuk memastikan mereka sentiasa didedahkan dengan perkembangan terkini.

Apa harus dilakukan jika ada kecederaan?

Jangan panik. Jika terdapat tanda-tanda kecederaan serius seperti pendarahan yang banyak atau anggota badan yang bengkok, sila dapatkan bantuan dari mereka yang pakar.

Ini adalah langkah-langkah untuk rawatan awal:

  1. Tunggu sebentar

    Pemain harus menentukan samada kawasan yang tercedera itu sakit sedikit, sederhana atau teruk.

    Adalah lebih baik jika menunggu sebentar untuk melihat perkembangan kesakitan itu.

  2. Periksa kawasan cedera

    Selepas seketika, lihat jika terdapat ciri-ciri lain selain sakit seperti:

    • Bengkak

    • Perubahan warna kulit

    • Tiada pergerakan sendi

    • Kebas atau rasa geli

    • Kawasan terlibat terasa panas apabila disentuh

    Jika tiada ciri-ciri seperti di atas, cuba gerakkan tempat tersebut dan sekiranya pemain masih berada di dalam padang, anda boleh memapah mereka keluar.

  3. R.I.C.E kawasan yang cedera

    Langkah R.I.C.E digunakan untuk kecederaan akut. Walaubagaimanapun, ianya boleh juga digunakan untuk kecederaan kronik atau serius sebelum pemain dikejarkan ke kemudahan perubatan yang terdekat.

    Langkah ini terdiri dari empat bahagian:

    • Rest (Rehat) – terus menggunakan anggota badan yang terlibat akan  menerukkan keadaan.

    • Ice (Ais) – mengenakan ais atau bahan sejuk akan mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan kawasan tersebut menjadi lebih bengkak.

    • Compression (tekanan) – semasa tidak mengenakan ais, pastikan tekanan diberikan menggunakan pembalut yang tidak terlalu ketat.

    • Elevation (Angkat) – Angkat anggota badan tersebut dari paras jantung. Ini akan mengurangkan bengkak. Letak beberapa bantal atau selimut yang dilipat untuk tujuan ini.

Rujukan

1. Clinical Sports Medicine, Peter Brukner and Karim Khan

2. www.orthosports.com.au

3. www.betterhealth.vic.gov.au

Last Reviewed : 9 December 2014
Writer : Lt. Kol. Dr. Ridzuan b. Azmi
Translator : Lt. Kol. Dr. Ridzuan b. Azmi
Accreditor : Dr. Nazrila Hairizan bte. Nasir

 

Artikel Berkaitan

Buah Dada Remaja Lelaki

Lebih separuh daripada kanak-kanak lelaki yang mencapai peringkat akil baligh akan mempunyai saiz buah dada yang lebih besar dari normal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia