A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tips Keselamatan: Tenis

Kecederaan semasa bermain tenis jarang berlaku. Namun, ianya masih boleh berlaku jika tiada kesedaran tentang langkah keselamatan.

Mungkin sesetengah dari kita pernah terdengar kondisi “tennis elbow”. Ini disebabkan oleh pergerakan berulang dalam sukan ini yang akan menyebabkan kecederaan lewah guna (overuse).

Kecederaan akibat trauma boleh juga berlaku seperti buku lali terseliuh, otot koyak dan kecederaan kepala.

Kenapa langkah keselamatan dalam tenis penting? Tujuan utama bermain tenis adalah untuk beriadah atau bertanding bergantung samada anda pemain amatur atau profesional.

Kecederaan tenis boleh dibahagikan kepada dua kategori: kecederaan lewah guna hasil dari trauma mikro secara berulang atau traumatic hasil dari impak atau daya tindakan secara paksa.

Kecederaan berulang termasuklah tennis elbow, cedera otot rotator cuff pada bahu, radang bursitis siku, tendinitis pergelangan tangan dan tendinitis achilles.

Tennis elbow adalah kecederaan yang selalu terjadi dalam sukan ini. Tetapi harus diingat bahawa mereka yang bermain golf, berenang dan sukan yang menggunakan raket juga boleh mendapat kecederaan ini. Pekerja buruh serta pemain gitar juga boleh mendapat kecederaan ini.

Tennis elbow image from www.physio4all.com

Faktor yang menyumbang kepada kecederaan ini ialah :

  1. Jangkamasa tahun bermain. Mereka yang datang dengan keadaan ini telah bermain sukan tenis dalam tempoh yang lama.

  2. Kemampuan pemain. Teknik yang lemah terutamanya pukulan kilas.

  3. Usia pemain. Mereka yang berumur lebih dari 40 tahun lebih kerap terjadi risiko kecederaan. Lelaki mempunyai risiko empat kali lebih dari wanita untuk mendapat kecederaan ini.

Ianya juga dipanggil sakit siku sisi iaitu bahagian luar siku akan menjadi sakit dan radang. Ini disebabkan oleh otot ekstensor pada bahagian tangan terlebih kerja.

Simptom termasuklah:

  1. Sakit bahagian sisi luar siku

  2. Sakit apabila ditekan bahagian tulang yang ketara pada bahagian tepi luar siku.

  3. Sakit apabila melakukan ekstensi pergelangan tangan dan genggaman tangan

  4. Sendi kaku sewaktu pagi

  5. Tidak dapat memegang objek berat di tangan

Bebanan dan pergerakan berulang pada tisu menyebabkan radang dan siri koyakan kecil pada tendon otot ekstensor yang melekat di bahagian luar siku (lateral epikondil).

Jika keadaan ini dibiarkan, ianya akan menyebabkan sakit kronik terutamanya ketika mengangkat atau memegang objek.

Kecederaan akut yang boleh berlaku dalam sukan ini termasuklah koyak otot rotator cuff, terseliuh pergelangan tangan dan buku lali, tarikan dan koyakan otot serta koyak pada ligament sendi lutut.

Bermain tenis seperti satu permainan yang mudah. Namun, meletakkan fokus lebih pada peralatannya adalah wajib/ amat penting untuk mengelak kecederaan berlaku.

Di sini terdapat beberapa garis panduan untuk diikuti:

  1. Raket

    Menggunakan raket yang terlalu berat atau ringan boleh menyebabkan kecederaan pada bahu dan siku.

    Saiz genggaman memainkan peranan penting untuk mengelak kecederaan pada tangan dan pergelangan.

    Tekanan pada tali raket selalunya tidak diendahkan kerana tekanan pada otot bergantung padanya.

    Dapatkan nasihat dari pakar bagaimana memilih raket bersesuaian sebelum mula bermain.

  2. Kasut

    Pastikan kasut tenis yang sesuai dengan kaki anda.

    Kasut yang sesuai boleh mengelak buku lali dari senang cedera kerana ianya menghadkan pergerakan yang tidak diingini sekitar buku lali.
    Jika anda ingin bermain di permukaan kasar seperti di atas konkrit, dapatkan pelapik tumit untuk mengurangkan bebanan pada bahagian bawah pinggang.

  3. Stokin

    Pilih stoking dari fabrik sintetik berbanding kapas kerana ianya mengurangkan risiko geseran dan mendapat lepuh.

  4. Gelanggang tenis

    Perhatikan gelanggang sebelum bermain. Pastikan tiada lubang atau rekahan pada permukaan gelanggang.

    Jika anda merancang untuk bermain pada waktu malam, pastikan gelanggang mempunyai pencahayaan yang cukup dan selamat.

    Elakkan bermain pada permukaan basah kerana ianya licin dan berisiko untuk jatuh.

  5. Persiapan diri

    Mengekalkan kecergasan dan stamina serta kemahiran bermain tenis akan membuatkan anda bersedia.

    Pemanasan badan dan sesi regangan sebelum bermain mengurangkan risiko cedera.

    Jangan lupa melakukan penyejukan badan dan regangan selepas setiap latihan dan pertandingan.

    Jika anda bermain sewaktu cuaca cerah dan panas, pastikan memakai pakaian sukan yang berwarna cerah dan juga memakai losyen pelindung matahari.

    Pastikan meminum air yang cukup supaya hidrasi badan dalam keadaan baik.

    Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa ada atau orang yang tahu menggunakannya.

Rujukan

1. Clinical Sports Medicine, Peter Brukner and Karim Khan

2. www.livehealthy.chron.com

3. www.orthoinfo.aaos.org

Last Reviewed : 9 December 2014
Writer : Lt. Kol. Dr. Ridzuan b. Azmi
Translator : Lt. Kol. Dr. Ridzuan b. Azmi
Accreditor : Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid

 

Artikel Berkaitan

Mata Merah yang Tidak Menyakitkan

Mata yang merah biasanya akan menyebabkan kita bimbang kerana mungkin terdapat sesuatu yang tidak kena dengan mata kita. Permukaan mata kita kelihatan merah kerana saluran darah di dalam mata membengkak.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,721

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia