A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tips Mencari Kerja : Bermasalah Pendengaran

“ Bersyukur dan berusahalah, kerana kehidupan tanpa tangan dah kaki pun tetap dipenuhi dengan kegembiraan. Jadi kenapa kamu tidak gembira dengan kehidupan yang tidak sempurna, sekalipun kamu tidak sempurna salah satu darinya”, Nick Vujicic, Pengasas dan CEO Life without Limbs.

Mempunyai kekurangan pada deria pendengaran dan pengangguran adalah suatu perkara yang cukup membebankan dan seperti kita hilang seluruh nikmat dunia. Namun, kehilangan itu bukanlah menjadi titik tolak kepada penutupan peluang kerjaya mahupun kerjaya yang diimpi-impikan.

Masalah pendengaran dikalangan golongan dewasa  adalah disebabkan oleh kecederaan, penyakit, pendedahan kepada bunyi bising dan faktor genetik. Masalah ini akan memberi kesan dalam komunikasi dan seterusnya kesukaran untuk mendapat peluang pekerjaan. Berikut tips-tips yang berguna  untuk mereka yang menghadapi masalah pendengaran mencari peluang pekerjaan atau mencipta kerjaya.

  1. Bagi menghadapi kesukaran yang dilalui,pertamanya kita perlu mengetahui kekuatan yang ada dan menyusun rangka kerjaya yang sesuai dan seiring dengan kemampuan diri yang ada.
  2. Masih tidak berjumpa dengan kekuatan itu? Sebaiknya bertemu dengan mereka yang mengalami masalah yang sama, untuk mengenalpasti kerjaya yang sesuai atau temui  audiologis bagi memahami masalah komunikasi yang akan dihadapi mengikut  tahap pendengaran anda.
  3. Setelah dikenalpasti tahap pendengaran dan dibantu dengan pemakaian alat bantu pendengaran untuk membantu anda berkomunikasi dengan baik,  seterusnya anda bolehlah mencari prospek kerjaya yang  sesuai dan mulalah memohon.
  4.  Pastikan anda bersedia sebelum menghadiri sesi temuduga bagi kerjaya yanag dipohon. Latihan pelaziman dan penyesuian sesi temuduga membantu anda bersedia menjawab soalan lazim yang  bakal ditanya nanti. Fikirkan bagaimana kerjaya tersebut sesuai dengan kemahiran yang dimiliki.
  5. Lakukan sedikit pencarian berkaitan tugas dan tanggungjawab pada kerjaya yang anda minati, informasi berkaitan polisi syarikat berkaitan pekerja  orang kurang upaya (OKU) dan bagaimana masalah pendengaran memberi  kesan  kepada tugas anda.
  6. Jika masalah pendengaran memberi kesan kepada  tugas , anda boleh memberi cadangan realistik berkaitan pengubahsuian tempat kerja, sokongan berterusan dan bagaimana perkara ini akan membantu anda.

Masalah pendengran yang dihadapi mungkin membataskan peluang pekerjaan, namun tidak mustahil untuk mencipta kerjaya yang diingini jika kita tahu cara menilai kekuatan diri. Pastinya, kejayaan menembusi pasaran pekerjaan selain alternatif mencipta kerjaya sendiri , ia bakal menjana kemajuan yang positif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),majikan dan individu itu sendiri.

Semakan Akhir : 16 Februari 2016
Penulis : Wan Basirah bt Wan Abdullah
Akreditor : Nur Azyani bt. Amri

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia