Apakah sebab terjadinya tompok putih pada kulit seseorang remaja?
Tompok putih pada kulit merupakan masalah biasa di kalangan remaja. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor. Antara sebab berlakunya tompok putih pada kulit ialah:
- Pityriasis alba:
- Punca penyakit ini masih tidak dapat dikesan
- Biasanya boleh dilihat di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai kulit yang kering
- Panau (Pityriasis versicolor):
- Sebabnya tidak diketahui
- Jangkitan di bahagian permukaan kulit disebabkan oleh pertumbuhan kulat pityrosporum orbicular secara berlebihan
- Biasanya terjadi di kalangan remaja yang berpeluh terlalu banyak
- Jangkitan ini mudah berulang semula
Terdapat sebab-sebab lain berlakunya tompok putih. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila dapatkan nasihat daripada doktor.
Di manakah dan apakah rupa masalah kulit ini?
Pityriasis alba:
- Tompok-tompok biasanya dilihat di bahagian muka terutamanya di pipi
- Ia juga boleh dilihat di bahagian leher, anggota atas dan bahagian badan
- Kulit bersisik kecil dan sukar untuk dikikiskan
Pityriasis versicolor:
- Tompok-tompok biasanya dilihat bahagian atas belakang badan dan dada
- Ia juga boleh berlaku pada keseluruhan badan
- Tompok-tompok boleh berubah warna samada bewarna hitam atau merah. Kadang kala bercantum menjadi tompok yang lebih besar
- Tompok-tompok ini juga boleh terasa gatal

Apakah rawatan bagi keadaan ini?
Pityriasis alba
- Biasanya tiada rawatan diberikan kerana tompok-tompok ini, ia akan hilang dengan sendirinya
- Gunakan pelembap
- Doktor mungkin akan memberikan anda krim steroid untuk disapukan pada tompok-tompok tersebut
Pityriasis versicolor:
- Guna syampu berkandungan selenium sulfida pada tompok-tompok ini dan seluruh badan dan bilas selepas 30 minit, lakukan setiap hari selama seminggu
- Doktor akan memberi anda ubat anti fungus (anti kulat) jika keadaan bertambah teruk
Bagaimana untuk mengelak ianya muncul semula?
Pityriasis versicolor:
- Anda boleh menggunakan syampu selenium sulfida atau syampu ketonazole seminggu sekali untuk menghalang tompok dari muncul semula
Semakan akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Salmiah Md. Sharif |
Penyemak | : | Dr. Nazhatussima bt. Suhaili |