A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tonsillitis

 

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/tonsillitis/tonsillitis.flv[/flv]

Download:

 

 

Kita mempunyai dua kelenjar tisu dipanggil tonsil.

Tonsil ini terletak di bahagian tepi sebelah belakang tekak rongga mulut atau di pangkal lidah.

Kelenjar tonsil ini berfungsi memerangi infeksi di tubuh disebabkan oleh bakteria atau virus yang memasuki badan melalui saluran pernafasan dan menjadi satu daripada sistem pertahanan yang penting dalam badan kita

Bakteria dan virus yang membawa penyakit ini diperangkap di kelenjar  tonsil dan mencegah jangkitan dari merebak.

Walau bagaimanapun, adakalanya, tonsil ini sendiri dijangkiti mengakibatkan radang tonsil atau tonsillitis. Tonsil akan membengkak, merah dan kebiasaannya terdapat tompok – tompok putih di atasnya.

Apabila ini berlaku, seseorang itu akan mengalami demam, susah untuk menelan kerana sakit tekak, nafas berbau dan suara menjadi serak

Bagaimana rawatan radang tonsil ?

Perawatan yang dapat membantu adalah

  1. Rehat secukupnya
  2. Banyakkan minum air kosong
  3. Makan makanan yang sejuk, dan lembut
  4. Elakkan makanan yang keras, berempah, pedas dan  panas
  5. Berkumur dengan air garam
  6. Ubat demam dan penahan sakit
  7. Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria

Jika radang tonsil ini berulang,pembuangan tonsil (tonsilektomi) mungkin di syorkan

T
 

 

Artikel Berkaitan

Pap Smear

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/pap_smear/pap_smear.flv[/flv] Download:   Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan

Osteoporosis

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/wargaemas/Osteoporosis/Osteoporosis.flv[/flv] Download: O  

Aterosklerosis

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/Aterosklerosis/Aterosklerosis.flv[/flv] Download:   Aterosklerosis adalah penyakit kronik vaskular yang progresif

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,829

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia