A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Perubahan sementara vaskular dalam kulit bayi

Kulit bayi yang baru lahir adalah lembut dan sensitif dan mudah terkena berbagai jenis penyakit kulit. Sebahagiannya adalah kerana keturunan, seperti tanda lahir, tetapi setengah ruam adalah disebabkan oleh hormon ibu yang masih lagi mengalir di dalam darah bayi.

Kulit bayi yang baru lahir adalah lembut dan sensitif dan mudah terkena berbagai jenis penyakit kulit. Sebahagiannya adalah kerana keturunan, seperti tanda lahir, tetapi setengah ruam adalah disebabkan oleh hormon ibu yang masih lagi mengalir di dalam darah bayi. Biarpun sebahagian dari penyakit kulit ini adalah normal, sebahagian lagi mungkin merupakan petanda bagi masalah lain. Penyakit kulit yang paling biasa terjadi kepada bayi adalah:

Acrocyanosis (Kaki dan Tangan Berwarna Kebiruan)

  • Kulit berwarna ungu kebiruan di tangan dan kaki adalah normal pada bayi yang baru lahir.
  • Ianya akan lebih ketara semasa bayi menangis atau kesejukan.
  • Sistem tubuh badan yang belum matang di kalangan bayi menjadikan bayi sukar untuk menyesuaikan diri kepada cuaca sejuk. Keadaan itu adalah normal jika bayi tersebut makan dengan baik dan aktif.
  • Tanda-tanda merbahaya jika:
    1. Bayi demam.
    2. Kebiruan pada bibir, lidah dan gusi bayi tersebut, mesti dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Cutis marmorata

  • Keadaan kulit berpecah merah kebiruan seperti mazaik disebabkan oleh pengagihan aliran darah yang tidak sekata dibawah kulit.
  • Bayi yang baru lahir belum dapat menyesuaikan diri apabila terdedah kepada keadaan panas atau sejuk. Apabila terdedah kepada cuaca sejuk, peredaran darah pada kulit bayi akan jadi tidak teratur. Ini diikuti oleh peredaran darah yang tidak teratur pada bahagian tangan dan kaki. Jadi ini bukanlah perkara luar biasa untuk bayi yang baru lahir untuk mengalami kebiruan pada bahagian tubuh badan tersebut.
  • Keadaan ini normal dan biasanya hilang dalam 2 – 3 minggu. Jika selepas tempoh tersebut masih tidak hilang, sila berjumpa doktor untuk masalah genetik.
Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Irene Cheah Guat Sim
  : Dr. Terrence Thomas
  : Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Benign Papular Lesions

Benjolan saiz kecil (1-2 mm), berwarna putih seperti mutiara. Hampir separuh bayi yang baru lahir mengalami masalah ini.

Tanda Lahir Vascular

Ini adalah biasa dan biasanya akan hilang apabila bayi tersebut membesar. Sebahagian daripada tanda lahir ini mungkin tanda bagi penyakit lain.

Ruam Lampin

Ruam kerap terjadi di celah paha atau di bawah bahagian getah lampin.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia