A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Hepatitis A merupakan salah satu penyakit bawaan makanan dan air yang disebabkan oleh virus Hepatitis A.
Virus Hepatitis A

Cara jangkitan merebak

Virus hepatitis A biasanya dikeluarkan melalui najis dan air kencing pesakit atau pembawa penyakit ini. Virus hepatitis A boleh memasuki badan melalui kaedah berikut:

  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh virus Hepatitis A.
  • Memakan makanan yang terdedah yang telah dihinggapi lalat yang membawa virus Hepatitis A.
  • Makan makanan bercengkerang seperti kerang yang diambil dari air tercemar

Tempoh pengeraman adalah antara 15 hingga 50 hari (purata 28 hingga 30 hari), iaitu tempoh pesakit menunjukkan gejala selepas mendapat jangkitan virus ini.

Tanda-tanda dan Gejala

  1. Demam
  2. Keletihan / kelesuan
  3. Kurang selera makan
  4. Loya
  5. Muntah
  6. Mata dan kulit kekuningan (jaundice)
  7. Air kencing seakan-akan warna coklat atau warna teh.
  8. Sakit perut

Virus Hepatitis A

Gejala lebih teruk pada orang dewasa. Penyakit berpanjangan beberapa minggu dan mengambil masa yang panjang (beberapa bulan) untuk pulih. Jangkitan pada kanak-kanak biasanya ringan atau asimptomatik (tiada gejala).

Rawatan

Tiada rawatan khusus. Banyakkan rehat dan minum air. Ambil antipiretik (contohnya Paracetamol) untuk melegakan gejala demam.

Komplikasi

Tahap keseriusan penyakit biasanya meningkat dengan usia. Kes kematian adalah sangat rendah (0.1 hingga 0.3 peratus).

Cara mencegah Hepatitis A

  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan.
  • Gunakan tandas yang bersih dan sempurna.
  • Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna atau makanan panas.
  • Basuh ulam-ulaman, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan.
  • Hanya menggunakan air yang bersih dalam penyediaan makanan.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  • Elakkan daripada berenang dalam kolam air tercemar ataupun sungai yang kotor.
  • Tudung semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat.
  • Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan lupuskan sampah dengan sempurna.

Pelancong yang akan melawat kawasan endemik Hepatitis A dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan pengambilan makanan dan minuman yang tercemar.

Mereka juga disarankan untuk mendapatkan pelalian hepatitis A. Dua dos dengan dos kedua diberi 6 – 24 bulan selepas pemberian dos pertama. Perlindungan akan bermula selepas empat minggu pemberian pelalian dos pertama.

SEGERA DAPATKAN RAWATAN
JIKA ANDA MENGALAMI GEJALA PENYAKIT HEPATITIS A

Sumber

  1. International Travel & Health, WHO 2006
  2. Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition by David L. Heymann, MD, Editor, 2004

 

Semakan Akhir : 19 Jun 2013
Penulis : Dr. Norhayati Rusli

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,789

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia