A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Masalah Pergigian
  6. /
  7. Tumor Mulut: Merebak Dalam...

Tumor Mulut: Merebak Dalam Senyap

Ketumbuhan mulut atau “oral tumour” adalah sejenis tumbesaran tidak normal yang berpunca dari tisu mulut yang tidak diketahui punca sebenarnya. Ianya bersifat terus membesar tanpa dapat dikawal kadar dan hadnya.

Penyakit ini boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu benigna dan malignan berdasarkan sifat penyakit tersebut. Sesetengah ketumbuhan dikatakan jinak kerana ketidakbolehannya untuk merebak ke tisu sekitarnya dan juga ke persekitaran lain (METASTASIS), tetapi ia boleh menyebabkan kesan sampingan terhadap pesakit. Contoh penyakit yang bersifat begini adalah Ameloblastoma, Sista Odontogenik (Contoh ; Sista Dentigerus, Keratosista Odontogenik), Central Giant Cell Granuloma, lesi Fibrosseous dan Adenomatoid Odontogenic Tumour.

Punca atau sebab terjadinya ketumbuhan ini adalah tidak jelas atau diketahui sepenuhnya. Kebanyakan penyakit begini dikesan bilamana ternampak kebengkakan pada bahagian muka atau dalam mulut. Kadang-kadang, penyakit ini dikesan secara tidak sengaja bila mana pesakit menjalani X ray sebagai sebahagian dari rawatan terhadap patologikal lain. Ketumbuhan ini biasanya membesar secara perlahan, tiada kesakitan dan menolak tisu sekelilingnya.

Ketumbuhan ini menyebabkan muka berubah bentuk, rahang membesar, boleh menyekat saluran pernafasan , menganggu fungsi mulut seperti mengunyah, menelan dan makan.


Ameloblastoma pada rahang bawah


Imbasan tomografi berkomputer menunjukkan tumor di bahagian kiri  rahang bawah


Ortopantomogram (OPG) X-ray menunjukkan tumor di bahagian rahang kanan bawah


Tumor yang telah dipotong

Rawatan terhadap ketumbuhan ini bergantung kepada tahap penyakit itu. Ianya melibatkan rawatan yang minimal atau pengenukleatan hingga ke tahap melibatkan pembedahan besar atau major (contoh pembuangan dan pembentukan semula rahang muka).

Ketumbuhan malignant adalah sejenis ketumbuhan yang agresif dan berpotensi untuk menyebabkan kematian. Kanser mulut adalah salah satu yang paling kerap terjadi dan berada di dalam senarai 6 keadaan kanser yang paling kerap sedunia dan berada di tempat ketiga dalam senarai kekerapan terjadi di Asia Tenggara di mana mengunyah (betel nut) menjadi kebiasaan masyarakat di kawasan ini. Lebih dari 100000 kes baru di kesan setiap tahun (WHO 1994). Di Malaysia, keseluruhan prevalens adalah rendah iaitui 0.04% (Zain et al 1997).

Kanser mulut adalah antara lima kanser yang paling kerap di Semenanjung selepas buah dada, kolon, paru-paru, servik dan nasopharynx (Jatin P.Shah et al 2003). Ia adalah sejenis kanser kepala dan leher yang amat mudah di kesan melalui pemeriksaan mulut. Kanser boleh terjadi pada mana-mana bahagian tisu mulut sebagai kaser primer atau merebak dari bahagian badan lain ke tisu mulut. Ianya juga boleh disebabkan oleh pembesaran kanser dari kawasan berhampiran mulut seperti hidung atau sinus.

Selain itu, kanser mulut boleh terjadi dari tisu mulut yang berlainan dari segi histological seperti teratoma, adenokarsinoma (kelenjar), limfa atau juga melanoma dari tisu pigmen. Terdapat bermacam-macam jenis kanser mulut mengikut tisu asalnya tetapi yang paling kerap terjadi adalah dari tisu lapisan mulut (90%) iaitu skuamous sel karsinoma. Biasanya terjadi pada lidah, tisu pipi, bibir atau lelangit.

Sebab yang menyebabkan terjadinya keadaan ini adalah tidak jelas, tetapi adalah penting untuk umum mengetahui bahawa lebih kurang 75% dari kes ini melibatkan faktor seperti penggunaan tembakau (kunyah, rokok) dan jugan penggunaan / pengambilan alkohol. Faktor-faktor lain yang dikaitkan dengan keadaan ini adalah keadaan mulut yang tak higenik, iritasi yang berlebihan seperti gigi palsu dan gigi tajam, malnutrisi dan mungkin dari infeksi kronik dalam mulut.

Mengunyah pinang (betel nut) adalah budaya dalam masyarakat India. Ianya diambil secara berterusan dari umur remaja dan ia berkait rapat dengan kejadian kanser pipi. Penggunaan tembakau seperti merokok, kunyah dan ada juga diletakkan di bahagian dalam pipi (sogek) berkait rapat dengan kanser bibir , gusi dan lantai mulut. Dalam situasi di negara kita, kanser pipi adalah berkait rapat dengan kebiasaan mengunyah pinang (betel nut ) dan penggunaan tembakau (Vegers 1979)

Pengambilan alkohol yang berlebihan juga berkait rapat dengan kejadian kanser lidah dan lantai mulut. Risiko akan menjadi lebih tinggi bagi yang merokok dan juga mengambil alkohol. Infeksi berkaitan dengan virus (Human Papilloma Virus) adalah salah satu penyebab kepada terjadinya keadaan ini. Lapisan tisu mulut boleh mendapat jangkitan melalui seks mulut dan selalu bertukar pasangan. Kanser ini juga boleh disebabkan oleh faktor genetik.

Secara klinikal, keadaan ini di manifestasikan sebagai ketulan, bengkakan atau ulser pada mulut dan berterusan membesar tanpa henti. Bila tahap kebesaran sudah menjangkau, pesakit mula merasa tidak selesa dan kesakitan. Jika terus dibiarkan, ia boleh merebak ke leher dan seterusnya ke tempat yang jauh dari tempat primer (Distant metastasis).


Kanser pada mukosa bukal


Kanser pada bahagian tepi lidah


Kanser pada lantai mulut

Rawatan untuk keadaan ini adalah, permulaan biopsi perlu dilakukan diikuti dengan siri CT Scan untuk menentukan tahap penyakit tersebut. Sebelum apa-apa rawatan diputuskan, perbincangan melibatkan pakar bedah, pakar kanser, doktor gigi, pakar bius dan pihak lain yang menyumbang bersama terhadap rawatan tersebut.

Secara umumnya, rawatan paling baik adalah pembedahan untuk membuang kanser tersebut dan diikuti dengan rawatan tambahan radioterapi dan kadang-kadang kemoterapi.

Rujukan

  1. Shah JP, Johnson NW, Batsakis JG, Global epidemiology , Oral Cancer 2003.
  2. WHO Meeting 1984. Control of oral cancer in developing country. Bulletin of World Health Organization .
  3. Zain RB, Ikeda N, Razak IA, Axell T, Majid ZA, Gupta PC, Yaacob M (1997). A national epidemiology survey of oral mucosal lesions in Malaysia. Community Dentistry.
  4. Veger JWM.( 1979 ) Squamous cell carcinoma of buccal mucosa : A review of 85 cases. Arch Otolaryngology.
Semakan Akhir : 20 Mac 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Mohd. Nury b. Yusoff
Akreditor : Dr. Mukhriz b. Hamdan

Artikel Berkaitan

Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Perkhidmatan pergigian sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.

Liken Planus Mulut

Liken planus adalah suatu keadaan keradangan kronik pada kulit tetapi juga boleh melibatkan mulut (liken planus mulut) dan membran mukus yang lain seperti kawasan kemaluan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia