A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Ubat Umum
  6. /
  7. Ubat: Apa yang Anda...

Ubat: Apa yang Anda Perlu Tahu?

Ubat adalah drug atau bahan yang digunakan untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah penyakit. Secara umumnya, ubat adalah selamat jika diambil dengan betul.

Apakah ubat?

Ubat adalah drug atau bahan yang digunakan untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah penyakit. Secara umumnya, ubat adalah selamat jika diambil dengan betul.

Apakah jenis ubat yang ada?

  • Ubat prekripsi (ubat yang perlu arahan doktor)
  • Ubat bukan-prekripsi (ubat melalui kaunter contohnya vitamin, suplemen kesihatan)

Apakah bentuk ubat yang boleh didapati?

Bentuk ubat yang boleh didapati:

  • Ubat biji
  • Kapsul
  • Cecair (untuk diminum contohnya ubat batuk)
  • Cecair (untuk penggunaan luar contohnya minyak urut, syampu)
  • Sedutan (contohnya inhaler,sedutan mentol)
  • Suntikan
  • Titisan / salap mata
  • Titisan / semburan hidung
  • Supositori / enema / pesari
  • Krim / losyen / salap

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan ubat untuk penyakit saya ?

  • Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan prekripsi ubat ( untuk ubat yang perlu prekripsi )
  • Anda boleh membelinya dari kedai farmasi untuk kegunaan sendiri

Dimanakah saya boleh mendapatkan ubat?

  • Dari farmasi kerajaan / klinik (anda perlu ada prekripsi yang sah)
  • Dari farmasi hospital swasta / klinik (anda perlu ada prekripsi yang sah)
  • Dari kedai farmasi (semua jenis ubat – anda masih perlu prekripsi ubat untuk ubat terkawal)
  • Kedai runcit / pasar raya (yang tidak perlukan prekripsi ubat dan terhad)

Bagaimanakah saya boleh menggunakan ubat sebaik mungkin?

  • Anda perlu tahu:
    • Nama ubat (nama generik)
    • Bagaimana ubat boleh membantu anda
    • Berapa banyak dan berapa kerap anda harus mengambilnya
    • Berapa lama anda boleh mengambil ubat itu
    • Kesan sampingan yang mungkin berlaku semasa mengambil ubat
    • Ubat anda hanyalah untuk anda sendiri dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain
    • Bagaimana menyimpan ubat anda di tempat yang selamat
    • Ubat tidak boleh digunakan selepas luput tarikhnya ataupun setelah rosak (contohnya bertukar warna, berbau, hilang bentuk asal.)
  • Jika anda mengambil ubat sendiri, anda perlu tahu:
    • Bila anda perlu berjumpa doktor.
  • Jika anda mengambil ubat yang diarahkan oleh doktor,
    • Beritahu doktor anda sekiranya anda mengandung / merancang untuk mengandung atau menyusukan bayi.
    • Beritahu doktor anda sekiranya anda ada alahan pada ubatan.
    • Beritahu doktor anda sekiranya anda berpuasa atau sedang mengamalkan pemakanan yang khusus.
    • Beritahu doktor anda sekiranya anda ada mengambil sebarang ubat (termasuklah suplemen kesihatan, ubat ‘OTC’ atau ubat tradisional.)
    • Beritahu doktor sekiranya anda ada masalah kesihatan lain.

Apakah perbezaan di antara nama generik dan jenama?

  • Nama generik adalah nama yang sebenarnya untuk bahan yang aktif di dalam ubat. Ia terdapat pada pembalut bungkusan atau risalah ubat.
  • Jenama adalah nama yang di pakai untuk memasarkan ubat tersebut. Ia biasanya didapati dengan tulisan hitam terang pada bungkusan, label dan di risalah ubat.
  • Bahan aktif yang sama boleh didapati dalam pelbagai jenis jenama ubat. Anda perlu lebih berhati-hati sekiranya anda mengambil lebih dari satu jenis ubat berjenama. Ini untuk mengelakkan dos berlebihan dari bahan aktif yang sama.

Bagaimanakah ahli farmasi dapat menolong saya?

Doktor dan ahli farmasi adalah rakan anda dalam penggunaan ubat-ubatan dan akan menolong anda dalam mencapai tahap kesihatan yang sebaik mungkin. Doktor menentukan jenis penyakit dan merawat anda manakala pegawai farmasi pula akan membimbing anda untuk lebih memahami ubatan anda. Mereka juga dapat mengenalpasti masalah yang mungkin berlaku dengan ubatan anda seperti:

  • Kesan sampingan / kesan advers ubat
  • Interaksi disebabkan penggunaan pelbagai ubat
  • Mengajar anda teknik khusus untuk menggunakan ubat (jika perlu)

Bagaimanakah saya perlu menyimpan ubat saya?

  • Jauhkan ubat dari kanak-kanak (simpan di dalam bekas / kabinet yang tidak boleh dicapai oleh mereka )
  • Sesetengah ubat perlu disimpan dalam peti sejuk. Yang lainnya boleh disimpan di tempat yang kering dan dingin di dalam rumah anda.
  • Jangan simpan ubat di dalam bilik mandi, dekat sink, di atas tingkap, atau di dalam kereta kerana ianya boleh merosakkan ubat.
  • Simpan ubat di dalam pembalut yang asal untuk mengelakkan kesilapan ketika anda memerlukanya.
Semakan Akhir : 23 April 2014
Penulis : Che Pun bt. Bujang
    Kamariah Shamsinar bt. Kamarul Baharin
    Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin
Penyemak : Norhayati bt. Musa

 

Artikel Berkaitan

Bahan campurpalsu (Adulterant) dalam produk kosmetik

Sesuatu produk kosmetik dikatakan telah dicampurpalsu sekiranya ia mengandungi logam berat seperti merkuri (raksa) dan plumbum atau bahan racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, antibiotik seperti clindamycin atau steroid seperti betamethasone.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia