A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Optometri
  6. /
  7. Uji Tahap Penglihatan Anda...

Uji Tahap Penglihatan Anda Dan Keluarga Di Rumah

Pengenalan

Mata merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan harus dijaga dengan sebaik-baiknya. Setiap struktur di dalam mata memainkan peranan masing-masing bagi membolehkan mekanisma penglihatan dan pembentukan imej di retina. Dari bahagian kornea di lapisan paling hadapan mata sehinggalah ke retina di bahagian paling belakang mata, setiap satunya memiliki fungsinya yang tersendiri.

Kepentingan Ujian Penglihatan

Setiap orang wajar menjalani ujian penglihatan bagi mengetahui status penglihatan mata mereka. Ujian ini penting kerana ianya dapat mengesan masalah seperti rabun jauh, rabun dekat, juling dan penglihatan terhad di peringkat awal. Ujian tahap penglihatan juga merupakan sebahagian daripada pemeriksaan fizikal secara am untuk mengetahui sebarang perubahan dari segi penglihatan.

Kebiasaannya, ujian penglihatan secara terperinci hanya dijalankan di hospital kerajaan atau premis-premis swasta yang turut menawarkan khidmat berkenaan. Walaubagaimanapun, masyarakat sekarang boleh cuba melakukan sendiri ujian penglihatan dengan menggunakan alat-alat yang telah sedia ada di rumah secara anggaran.

Cara Ujian Dilakukan

Berikut merupakan cara-cara bagi menjalankan sendiri ujian penglihatan secara ringkas di rumah:

1. Kalendar

Ujian penglihatan orang dewasa, boleh dilakukan dengan menggunakan kalendar atau carta yang boleh disediakan sendiri bagi mengesan tahap penglihatan jauh.

2

2. Atas talian (online)

Tahap penglihatan boleh diuji secara kendiri (self estimating visual acuity) secara atas talian/simpan ke desktop.

3. Carta Snellen

Boleh dicetak secara percuma dalam talian lengkap dengan penerangan dan kaedah untuk melaksanakan ujian. (https://www.provisu.ch/images/PDF/Snellenchart_es.pdf)

4. Alat Permainan

Untuk bayi yang berumur antara enam bulan sehingga dua tahun pula, keupayaan mata mereka untuk memfokus kepada objek boleh diuji dengan menggunakan alat permainan mereka. Ini dilakukan dengan menggerakkan patung mainan di hadapan mata mereka dan pada masa yang sama, pergerakan mata mereka diperhatikan. (sama ada berupaya mengikut pergerakkan objek yang digunakan ataupun tidak)

Interpretasi Hasil Ujian

Cara menginterpretasi ujian bagi orang dewasa adalah, sekiranya dapat melihat tulisan pada kalendar berkenaan pada jarak 6 meter ataupun 20 kaki, maka tahap penglihatan matanya masih baik. Kiraan jarak sejauh 20 kaki lebih mudah sekiranya rumah berkenaan menggunakan jubin mozek yang bersaiz 1 kaki bagi setiap petak. Saiz nombor di calendar atau pada carta yang disediakan itu bersamaan dengan 20/20-20/80 pada carta Snellen yang digunakan sebagai standard sebenar pemeriksaan mata (rujuk jadual).

Jadual antara jarak ujian dan saiz huruf yang digunakan serta anggaran tahap penglihatan.

Jarak Ujian (kaki) Tinggi/Lebar huruf (mm) Tahap Penglihatan
20 9 20/20
30 13 20/30
40 18 20/40
50 22 20/50
60 27 20/60
70 31 20/70
80 36 20/80

Seandainya tidak dapat melihat nombor pada kalendar/carta yang disediakan itu, maka wajarlah segera menemui optometris bagi mendapatkan pemeriksaan mata secara terperinci. Ujian ini juga boleh dijalankan keatas kanak-kanak yang sudah boleh mengenal huruf dan nombor atau huruf.

Begitu juga jika anda memilih untuk melakukan ujian penglihatan secara kendiri didalam talian atau melakukan cetakan sendiri maka kaedah serta interpretasi terhadap ujian juga disertakan bersama-sama.

Keupayaan bayi untuk mengikut pergerakan patung mainan yang digerakkan di hadapan matanya membuktikan yang dia dapat melihat rangsangan berkenaan. Jika bayi tidak dapat mengikuti pergerakantersebut, dikhuatiri bayi itu mengalami masalah gangguan penglihatan dan perlu diperiksa dengan lebih teliti di hospital-hosptal kerajaan atau praktis swasta yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Nasihat Dan Panduan

Ujian penglihatan yang dijalankan di rumah adalah sebagai anggaran sahaja kerana jika anda atau keluarga mengadu mengalami masalah kekaburan penglihatan maka sewajarnya pemeriksaan oleh mereka yang terlatih adalah lebih baik.

Dapatkan pemeriksaan dari optometris yang bertauliah samada di hospital kerajaan atau swasta dan juga pakar oftalmologi dalam menangani masalah yang dialami.

Rujukan

  1. www.wikihow.com
  2. www.tedmontgomery.com
  3. www.nlm.nih.gov
  4. www.teachenginering.org/collection/cub-/activities/cub
Semakan Akhir : 30 Mei 2016
Penulis : Pn. Nor Sharlina Binti Abd Rashid
Akreditor : Pn. Normala Binti Sami

 

Artikel Berkaitan

Rabun Warna

Pengenalan Apakah yang terlintas difikiran anda tentang rabun warna? Ramai

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,443

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia