A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiasi
  6. /
  7. Ujian ambilan 131I pada...

Ujian ambilan 131I pada tiroid

Pengenalan

Kelenjar tiroid adalah sebahagian daripada sistem endokrin yang terletak di bahagian leher manusia dan fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid yang digunakan untuk mengawal metabolisma dalam tubuh manusia. Ujian pengambilan radioaktif 131|Iodin adalah jenis teknik analisa secara kuantitatif yang digunakan dalam diagnosis masalah pada tiroid, terutamanya kes hipertiroidisme dan kanser berkaitan tiroid. Ujian ini memerlukan pesakit untuk minum bahan radioaktif Iodin dalam bentuk cecair atau telan kapsul dalam kuantiti yang sangat rendah. Proses pengambilan 131|Iodin adalah tidak menyakitkan dan sinaran mengion yang terhasil dari bahan radioaktif tersebut adalah rendah.

Selepas 131|Iodin memasuki badan dan ia akan berkumpul dalam kelenjar tiroid kerana tiroid menggunakan iodin untuk mengeluarkan hormon. Tahap ambilan 131| pesakit akan diperiksa dengan menggunakan alat yang dipanggil “Thyroid Uptake Counter” selepas dua, enam atau 24 jam dan kadang-kadang selepas ketiga-tiga tempoh masa berkenaan amat penting untuk menentukan berapa banyak 131|Iodin yang diserap oleh kelenjar tiroid. Ujian ini amat berkesan untuk menentukan tahap pengambilan 131|Iodin kepada para pesakit selain daripada ujian menggunakan teknik imbasan kamera Gamma. Paras normal tahap pengambilan 131|Iodin adalah antara 15 sehingga 25 peratus, tetapi akan berubah apabila pesakit memakan bahan makan yang mempunyai kadar Iodin yang tinggi seperti makanan laut dan produk tenusu.

ambilan tiroid1

Gambar 1: Imej tiroid menggunakan teknik imbasan kamera gamma

(Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Radioactive_iodine_uptake_test)

Persediaan Ambilan 131|

Prosedur akan dilakukan hanya di hospital semasa waktu pejabat. Pesakit perlu berpuasa selama 8 jam sebelum prosedur dimulakan. Pesakit perlu memaklumkan kepada pegawai perubatan sekiranya :-

  1. Ada mengambil ubat-ubatan bagi penyakit yang lain.
  2. Mengalami cirit-birit (boleh mengurangkan penyerapan iodin radioaktif)
  3. Menjalani ujian x-ray menggunakan kontras berasaskan iodin dalam tempoh masa yang terdekat atau
  4. Iodin terlalu sedikit atau terlalu banyak dalam diet anda

Cara Ujian Dijalankan

Pesakit diminta untuk menelan cecair atau kapsul yang mengandungi radioaktif 131. Selepas itu pesakit boleh menjalankan aktiviti rutin secara biasa. Selepas tempoh masa tertentu (biasanya 6 dan 24 jam kemudian), pesakit hendaklah kembali ke hospital supaya jumlah radioaktif dalam kelenjar tiroid boleh diukur. Ini dilakukan dengan menggunakan “Thyroid Uptake Counter” seperti ditunjukkan dalam gambar 2.

Semasa ujian ini dilakukan, pesakit diminta duduk di kerusi yang disediakan. Selama satu hingga dua minit, “probe” alat tersebut diletakkan di sebelah hadapan leher pesakit, di mana terdapat kelenjar tiroid, kemudian “probe” tersebut akan diletakkan atas peha pesakit dalam tempoh satu hingga dua minit bagi mendapatkan pengukuran yang lebih tepat. Proses menentukan kadar pengambilan 131|Iodin mengambil masa kira-kira kurang dari 10 minit.

ambilan tiroid2

Gambar 2: Contoh Prosedur ujian 131| dilakukan

(Sumber: http://www.biodex.com/nuclear-medicine/products/atomlab-960-thyroid-uptake-system)

Kesan sampingan

Dengan jumlah kuantiti radioaktiviti yang sangat kecil dan tidak ada kesan sampingan yang direkodkan setakat ini, jumlah iodin yang digunakan dalam ujian ini adalah kurang daripada jumlah iodin dalam diet biasa. Pesakit yang mempunyai alahan kepada iodin dalam diet mungkin tidak dapat menjalani ujian ini. Wanita hamil dan menyusukan bayi adalah tidak digalakkan untuk menjalani ujian ini kerana dikuathiri akan menjejaskan kandungan.

Nasihat Tambahan

Bahan radioaktif 131|Iodin akan dikumuhkan dari tubuh pesakit melalui air kencing. Pesakit mungkin perlu mengambil langkah berjaga-jaga, seperti curahan dua kali selepas membuang air kecil, selama 24 – 48 jam selepas menjalani ujian ini. Pesakit boleh berhubung dengan pegawai yang mengendalikan ujian ini sekiranya memerlukan sebarang nasihat tambahan.

Rujukan

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Radioactive_iodine_uptake_test
  2. http://www.biodex.com/nuclear-medicine/products/atomlab-960-thyroid-uptake-system
  3. Society of Nuclear Medicine Procedure Guideline for Thyroid Uptake Measurement, 2006.
Semakan Akhir : 04 Januari 2016
Penulis : Mohamad Aminudin bin Said
Akreditor : Nik Mohamad Hazmi bin Nik Hussain

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia