A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Ujian Makmal Biokimia
  6. /
  7. Ujian Fungsi Ginjal

Ujian Fungsi Ginjal

Ginjal adalah organ penting bagi semua yang bernyawa samada manusia mahupun haiwan. Fungsi utama ginjal ialah untuk menyingkirkan bahan buangan toksik yang terdapat dalam darah kita melalui pembuangan air kencing.

Ginjal perlu berfungsi dengan baik untuk menjamin kesihatan tubuh yang sempurna. Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi boleh merosakkan ginjal jika tidak dapat rawatan doktor. Pengambilan ubat termasuk ubat tradisional tanpa nasihat doktor juga satu punca kegagalan ginjal. Pencemaran makanan seperti racun perosak juga boleh membawa kerosakan ginjal.

Pada umumnya, kebanyakan proses yang berlaku dalam tubuh akan menghasilkan bahan buangan yang toksik seperti urea, kretinin, asid urik dan badan-badan keton.

Kegagalan ginjal berfungsi dengan baik akan menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. Justeru, pesakit ginjal yang serius perlu menjalani dialisis bagi membersihkan darah dari bahan toksik yang merbahaya. Mesin dialisis berfungsi sebagai pengganti ginjal.

Tuhan menjadikan makhlukNya secara berpasangan, begitu juga dengan ginjal. Keunikan ginjal dapat diperhatikan seperti di bawah;

Kita mempunyai sepasang ginjal kanan dan kiri
Struktur dalaman ginjal kita

Gerak Kerja Ginjal


http://www.youtube.com/watch?v=zEPUQKQ-uKM

Darah yang membawa bahan toksik mengalir melalui arteri renal ke dalam ginjal. Di ginjal, darah akan mengjalani proses turasan. Semua bahan toksik akan dituras dan disingkirkan melalui air kencing. Darah yang telah dinyah toksik akan keluar dari ginjal melalui vena renal dan beredar balik  ke seluruh tubuh. Proses ini berlaku sepanjang hidup kita.

Doktor dapat mengetahui status ginjal dengan menjalankan prosedur seperti ujian makmal dan ujian sinaran-X. Ujian makmal biasanya dilakukan melalui ujian darah dan ujian air kencing.

Antara ujian darah yang terlibat adalah ujian paras urea dan kretinin. Urea adalah bahan buangan tubuh hasil metabolisme protein. Kretinin pula adalah bahan buangan tubuh hasil metabolisma protein otot. Urea dan kretinin biasanya disingkirkan oleh ginjal melalui air kencing

Kepekatan urea dan kretinin dalam darah yang melebihi paras normal adalah petunjuk kepada kegagalan fungsi ginjal yang nyata.

Ujian estimated glomerular filtration rate (e-GFR) adalah ujian anggaran kadar pernurasan glomerulus ginjal. Fungsi ginjal adalah normal apabila e-GFR kita antara 90 – 120 ml/minit. Jika e-GFR kita kurang dari 60 ml/minit, kemungkinan berlaku kerosakan ginjal.

Kehadiran sel darah merah dan protein dalam air kencing juga mungkin petanda masalah fungsi ginjal.

Ujian air kencing bagi mengetahui status ginjal
Contoh keputusan ujian air kencing

Beberapa jenis bahan buangan metabolisme dan ubatan adalah toksik jika berlebihan dalam darah. Oleh kerana ginjal berfungsi sebagai organ yang menyingkirkan bahan toksik badan, maka  ujian ginjal sering dilakukan jika doktor ingin memulakan sesuatu rawatan untuk mengetahui kesan ubatan yang dimakan oleh pesakit boleh menyebabkan kerosakan ginjal.

Pengambilan makanan tambahan seperti multi-vitamin, garam galian  atau ubatan tradisional secara berlebihan mungkin boleh menyebabkan berlaku kegagalan ginjal. Oleh itu, kita perlu meminta nasihat doktor sebelum memulakan pengambilan makanan tambahan atau ubat tradisional secara berterusan.

Ginjal tiada tukar ganti. “Sayangi Ginjal kita” dan bersyukur atas nikmatNya.

 

Semakan Akhir : 20 Januari 2015
Penulis : Sairi bin Satari
Akreditor : Phang Soon Kong

 

Artikel Berkaitan

Bakteria vs Virus

  Pengenalan Bakteria dan virus adalah antara mikroorganisma penting dalam

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,782

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia