A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ujian Saringan Hipotiroidisme Kongenital

Hipotiroidisme adalah satu keadaan di mana badan ketiadaan atau kekurangan hormon tiroxin. Hormon tiroxin dihasilkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher. Ia diperlukan untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang normal. Jika kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan hormon tiroxin yang cukup, ia boleh menyebabkan hipotiroidisme.

Apakah Hipotiroidisme kongenital (congenital hypothyroidism)?

Hipotiroidisme adalah satu keadaan di mana badan ketiadaan atau kekurangan hormon tiroxin. Hormon tiroxin dihasilkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher. Ia diperlukan untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang normal. Jika kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan hormon tiroxin yang cukup, ia boleh menyebabkan hipotiroidisme.

Jika keadaan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir ia dikenali sebagai hipotiroidisme kongenital. Kajian di Malaysia, menunjukkan kadar prevalens Hipotiroidisme Kongenital di kalangan bayi yang baru lahir adalah 1 dalam 2500 ke 1 dalam 3500. Di anggarkan 120 orang bayi yang dilahirkan mempunyai Hipotiroidisme Kongenital setiap tahun.

Apakah Penyebab Hipotiroidisme Kongenital?

Pembentukan kelenjar tiroid yang tidak normal semasa bayi dalam kandungan adalah penyebab berlakunya Hipotiroidisme Kongenital. Justeru, bayi tersebut akan mengalami:

  • Ketiadaan kelenjar tiroid
  • Kelenjar tiroid yang berada di luar kedudukan normal
  • Ada kelenjar tiroid tetapi tidak berfungsi
  • Ada sebahagian sahaja kelenjar tiroid

Apakah Tanda-tanda Hipotiroidisme Kongenital ?

Kebanyakan bayi yang mempunyai Hipotiroidisme Kongenital tidak menunjukkan tanda-tanda luar biasa yang ketara semasa lahir.

Walau bagaimanapun ada tanda-tanda awal yang boleh membantu mengesan masalah seperti :

  • Jaundis neonatal yang berpanjangan
  • Kesukaran menyusu
  • Tidak aktif dan banyak tidur
  • Sembelit
  • Uluran di pusat bayi (Umbilical hernia)

Bayi dengan hipotridisme kongenital yang tidak dirawat akan menunjukkan tanda-tanda seperti dibawah pada usia 3-6 bulan.

  • Raut muka yang kasar (coarse facies)
  • Suara tangisan yang garau (hoarse cry)
  • Perut yang buncit
  • Kulit kering, kasar dan pucat
  • Lidah yang besar (macroglossia)
  • Rambut kering
  • Lambat bertindak balas (slow responses)
  • Perkembangan dan tumbesaran terbantut
  • Terencat akal

Apakah Ujian untuk Mengesan Hipotiroidisme Kongenital?

Hipotiroidisme kongenital boleh dikesan melalui ujian saringan darah.

Sampel darah akan di ambil dari tali pusat bayi dalam tempoh setengah jam selepas bayi di lahirkan

Sampel darah boleh juga diambil pada hari kelima kelahiran sekiranya ia tidak diambil selepas bayi dilahirkan. Temujanji dengan klinik kanak-kanak perlu diatur untuk mengambil sampel darah tersebut.

Perkhidmatan saringan dan pengesahan hipotiroidisme kongenital terdapat di hospital kerajaan.

Apakah rawatan bagi Hipotiroidisme Kongenital?

Bayi yang mengalami Hipotiroidisme Kongenital perlu diberi rawatan secepat mungkin. Kelewatan memulakan rawatan boleh menyebabkan kerencatan akal dan kelewatan perkembangan .

Hipotiroidisme Kongenital dirawat dengan ubat L-Thyroxine dalam bentuk pil, sebagai gantian kepada hormon tiroxin yang tidak dapat dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Doktor akan memulakan rawatan dengan L-Thyroxine dalam dos yang sewajarnya mengikut umur dan berat badan.

Rawatan susulan amat penting untuk memastikan bayi mendapat dos rawatan yang sepatutnya bagi memantau tumbesaran dan perkembangan. Pesakit perlu mengambil ubat L-Thyroxine seumur hidup.

Adakah ujian ini dikenakan bayaran?

Ujian ini dijalankan secara percuma di hospital-hospital kerajaan.

Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Rohana bt. Ismail
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Kekurangan Enzim G6PD

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia