Soalan 1
Apakah perkhidmatan Tanya Pakar ?
- Perkhidmatan ini adalah untuk makluman sahaja, tidak bermaksud untuk menggantikan penilaian Perubatan Professional.
- Ini bukan satu perkhidmatan rujukan. Kami tidak akan menyarankan sebarang fasiliti kesihatan atau kemudahan penjagaan kesihatan yang spesifik.
Soalan 2
Bagaimanakah cara untuk mendapat statistik kesihatan?
Sebarang permohonan untuk mendapat statistik berkaitan kesihatan perlu mematuhi Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 5 Tahun 1992 berkenaan Pemberian Maklumat dan Data Kementerian Kesihatan.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi :
Timbalan Pengarah,
Pusat Informatik Kesihatan,
Bahagian Perancangan Dan Pembangunan,
Aras 6, Blok E 6, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590, Putrajaya.
Tel : 03-8883 3129
Faks: 03-8883 3169
Soalan 3
Bagaimanakah cara mendapat maklumat kerjaya dalam bidang kesihatan?
Anda boleh melayari laman web
- Kementerian Kesihatan Malaysia : http://www.moh.gov.my
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam : http://www.spa.gov.my
Soalan 4
Bagaimanakah cadangan atau komen terhadap hospital, klinik dan perkhidmatan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia dibuat ?
- Aduan boleh dibuat terus melalui peti cadangan/maklum balas di fasiliti kesihatan berkenaan atau berjumpa terus dengan pegawai yang berkaitan.
- Aduan secara online di e-Aduan
Soalan 5
Bolehkah pakar dalam perkhidmatan Tanya Pakar menjadi pendapat kedua (2nd opinion) dalam masalah perubatan saya ?
Tidak. Pendapat kedua (2nd opinion) hanya boleh diperolehi daripada pakar yang merawat.
Soalan 6
Bolehkah mendapat surat rujukan dari perkhidmatan Tanya Pakar ?
Tidak. Surat rujukan boleh diperolehi dari fasiliti kesihatan di mana anda mendapatkan rawatan.
Soalan 7
Bolehkah perkhidmatan Tanya Pakar mencadangkan nama pakar kerajaan atau pakar swasta, hospital swasta kepada saya ?
Tidak. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut di fasiliti kesihatan di mana anda mendapatkan rawatan kesihatan.
Soalan 8
Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran di fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan?
Anda perlu mendapatkan surat rujukan daripada pegawai perubatan di klinik kesihatan kerajaan atau swasta terlebih dahulu sebelum mendapat rawatan daripada doktor pakar yang berkaitan.
Soalan 9
Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran ?
- Bagi penjawat awam atau tanggungannya, sila bawa bersama surat pengesahan majikan (GL).
- Bagi pesara kerajaan, sila bawa bersama kad pesara.
- Bagi golongan kelainan upaya, sila bawa bersama Kad Kebajikan Masyarakat dan Kad Kelainan Upaya.
- Bagi murid sekolah/pelajar IPTA, sila bawa bersama surat pengesahan sekolah/institusi.
Soalan 10
Apakah perkhidmatan yang disediakan di Klinik 1Malaysia?
- perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, demam selesema dan penyakit ringan yang lain;
- prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan;
- perkhidmatan ujian makmal ringkas (point of care test) seperti ujian gula dalam kapilari darah dan ujian air kencing dengan menggunakan kaedah urine dipstick
- membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi;
- menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital berdekatan bagi kes kecemasan; dan
- memberi khidmat nasihat dan promosi kesihatan kepada pesakit.
Semakan Akhir : 21 Mac 2011
STATISTIK
Soalan 1
Saya adalah pelajar di sebuah IPTA di Malaysia. Saya sedang menyiapkan tesis yang berkaitan dengan kesihatan rakyat Malaysia. Apakah statistik terbaru berkaitan dengan penyakit – penyakit terbaru di Malaysia dan di mana saya boleh peroleh data berkenaan?
Jawapan 1
Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan daripada:
Timbalan Pengarah,
Pusat Informatik Kesihatan,
Bahagian Perancangan dan Pembangunan,
Aras 6, Blok E 7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590, Putrajaya.
Tel : 03-88833128
Fax: 03-88833169
Semakan Akhir : 4 November 2010