A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kids
  4. /
  5. Skin
  6. /
  7. Urtikaria

Urtikaria

Apakah itu urtikaria?

Urtikaria atau gegata adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan,  atau faktor lain seperti haba atau senaman. Dalam kebanyakan kes gegata ini akan hilang selepas 24-48 jam dan tidak serius. Anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan, tetapi ubat antihistamin boleh meringankan gejala sehingga ruam hilang.

Bagaimana urtikaria dikelaskan?

Urtikaria dapat dikelaskan sebagai akut dan kronik.

Urtikaria akut – jika ia terjadi secara tiba-tiba dan berterusan kurang daripada enam minggu. Kebanyakan gegata akan hilang selepas 24-48 jam. Urtikaria akut boleh berulang di sebahagian orang.

Urtikaria  kronik – jika ia berterusan lebih lama daripada enam minggu. (Kronik bermakna berterusan dan berpanjangan)

Apakah rupa ruam urtikaria akut?

Gegata boleh melibatkan sebahagian dari kulit atau keseluruhan kulit. Gegata biasanya muncul secara tiba-tiba dan boleh melibatkan mana-mana kawasan kulit. Kawasan kecil yang timbul dipanggil ‘wheal’ (rujuk gambar di bawah). ’Wheal’ biasanya berukuran 1-2 cm tetapi boleh berbeza dari segi saiz. Bilangannya mungkin hanya beberapa tetapi kadang-kadang banyak.

Kadang-kadang wheal bersebelahan boleh bercantum untuk membentuk saiz yang lebih besar. ‘Wheal’ boleh terdapat dalam pelbagai bentuk tetapi kebanyakan masanya dalam bentuk bulatan. Kemerahan akan beransur-ansur pudar dan kulit kembali menjadit normal. normal. Setelah ruam lama telah hilang, ruam baru boleh timbul.

Adakah terdapat sebarang tanda-tanda yang lain?

Kebanyakan orang dengan urtikaria akut tidak berasa sakit, tetapi kemunculan ruam dan gatal boleh menyusahkan. Dalam keadaan yang dipanggil ‘angioedema’, terdapat kebocoran cecair ke dalam tisu lebih dalam di bawah kulit yang menyebabkan tisu membengkak. ‘Angioedema’ biasanya melibatkanthe eyelids, lips and genitals. kelopak mata, bibir dan muka. Kadang-kadang tekak boleh terjejas dan menjadi bengkak dan menyebabkan kesukaran bernafas. Gejala ‘angioedema’ biasanya berterusan lebih lama daripada ‘wheal’. Ia mungkin mengambil masa sehingga tiga hari untuk kawasan bengkak reda dan hilang.

Apakah yang menyebabkan gegata akut?

Pencetus (trigger) menyebabkan sel-sel pada kulit melepaskan bahan kimia seperti histamin. Bahan kimia ini menyebabkan cecair keluar dari saluran darah kecil di bawah permukaan kulit. Kolam cecair ini membentuk ‘wheal’. Bahan kimia ini juga menyebabkan saluran darah mengembang dan menyebabkan kemerahan sekitar ‘wheal’. Tiada pencetus atau punca dapat diketahui dalam separuh daripada kes. Sesetengah pencetus yang biasa termasuk:

  1. Alahan
    • Alahan makanan seperti alahan kepada kacang, strawberi, buah-buahan sitrus, telur, bahan tambahan makanan, rempah, coklat, atau kerang. Kadang-kadang anda boleh mendapat alahan kepada makanan walaupun anda telah makan makanan tersebut tanpa sebarang masalah banyak kali sebelum ini.
    • Alahan kepada gigitan serangga dan penyengat.
    • Alahan kepada ubat-ubatan seperti penisilin, aspirin, ubat penahan sakit,anti-radang, dan lain-lain.
  2. Jangkitan Virus
    Jangkitan virus yang ringan seperti selsema boleh mencetuskan ruam urtikaria pada sesetengah orang. (Anda bertindak balas terhadap virus.)
  3. Sentuhan kulit
    Sentuhan kulit dengan sensitiser menyebabkan urtikaria setempat pada sesetengah orang. Contoh sensitiser termasuk bahan kimia, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan, ‘ointment’, sengat, dan lain-lain.
  4. Urtikaria fizikal
    Urtikaria fizikal adalah keadaan di mana ruam setempat timbul apabila kulit dirangsang secara fizikal. Pembentukan ruam di kawasan kulit yang telah diusap dipanggil ‘Dermographism’.

Kadang-kadang ruam urtikaria boleh disebabkan oleh haba, kesejukan, emosi, senaman, atau cahaya matahari yang kuat.

Apakah urtikaria akut yang serius?

Biasanya ruam gatal pudar dalam masa sehari atau lebih dan tidak membahayakan. Walau bagaimanapun, gegata boleh menjadi lebih serius dalam keadaan tertentu.

Orang yang mempunyai alahan teruk kepada kacang, penyengat serangga, dan lain-lain sering mempunyai ruam urtikaria sebagai salah satu daripada gejala. Ini adalah tambahan kepada gejala-gejala lain yang teruk seperti ‘angioedema’, kesukaran bernafas, dan ‘collapse’. Reaksi alahan yang serius ini dipanggil anafilaksis (‘anaphylaxis’).

Apakah rawatan untuk gegata akut?

Selalunya rawatan tidak diperlukan untuk ruam yang biasa berlaku dalam tempoh 24-48 jam.  Tablet antihistamin boleh meringankan tanda gatal. Antihistamin menghalang tindakan histamine yang terlibat dalam menyebabkan urtikaria. Mereka kadang-kadang menyebabkan mengantuk tetapi mungkin berguna untuk mengambil sebelum tidur. Antihistamin moden kurang menyebabkan mengantuk.

Sesetengah orang bertindak balas kepada satu antihistamin lebih baik daripada yang lain. Jika salah satu antihistamin tidak membantu banyak, antihistamin yang berbeza mungkin lebih sesuai dan lebih baik. Anda dinasihatkan supaya mencuba antihistamin selama 1-2 minggu sebelum membuat keputusan ia membantu atau tidak.

Sesetengah orang mengambil antihistamin ‘seperti yang dikehendaki’ apabila tanda-tanda merah timbul. Walau bagaimanapun, jika seseorang mendapat ruam tiga hari atau lebih setiap minggu, ia adalah lebih baik untuk mengambil antihistamin setiap hari sama ada ruam muncul atau tidak. Ini adalah untuk mengelakkan ruam dan gatal daripada terjadi.

Jika anda dapat mengenal pasti sesuatu makanan sebagai pencetus, maka ia adalah wajar untuk mengelakkan makanan pada masa hadapan.

Jika anda mempunyai urtikaria yang teruk khususnya ‘anaphylaxis’, anda akan dimasukkan ke hospital dan mungkin dirujuk kepada pakar (pakar immunologi atau pakar dermatologi). Ini adalah untuk mengesahkan diagnosis dan jika boleh, untuk mengenal pasti pencetus atau penyebab. Sebagai contoh, jika alahan kacang disyaki, ini boleh disahkan oleh ujian darah RAST test atau ‘skin prick test’ (jika tiada ‘anaphylaxis’). Anda akan diberikan nasihat tentang bagaimana untuk mengelakkan penyebab, dan apa yang perlu dilakukan jika ia berlaku lagi.

Gegata

 

Semakan Akhir : 10 Oktober 2014
Penulis : Dr. Oh Hoey Hoey
Akreditor   Dr. Sabeera Begum bt. Kader Ibrahim

 

Artikel Berkaitan

Warts

What are warts? Warts are viral infection of skin caused

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,726

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia