A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apakah itu ‘Vandalism’?

  • ‘Vandalism’ adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang.
  • ‘Vandalism’ mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.
  • ‘Vandalism’ boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan.

Mengapa ‘Vandalism’ terjadi?

Sebab-sebabnya adalah:

  • Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon awam
  • Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah masuk ke dalam rumah
  • Untuk menyatakan sesuatu idea dan kepercayaan
  • Untuk membalas dendam
  • Untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau sesebuah organisasi
  • Untuk keseronokan dan kepuasan diri
  • Untuk diterima sebagai kawan dan ahli kumpulan

Mengapa remaja terlibat dalam ‘geng’?

Remaja terlibat dalam ‘geng’ kerana pelbagai sebab seperti:

  • Keseronokan
  • Rasa megah / status
  • Perlindungan
  • Peluang untuk mencari wang dan sumber pendapatan
  • Rasa diterima oleh ahli kumpulan (sense of belonging)
  • Dipaksa (jarang berlaku)

Apakah ciri-ciri lain yang boleh dikaitkan dengan ‘Vandalism’?

  • Remaja yang terlibat dengan ‘Vandalism’ biasanya menghadapi masalah peribadi termasuk masalah:
    • Emosi
    • Mental
    • Sosial
    • Fizikal
  • Masalah yang boleh menjuruskan kepada kelakuan ‘Vandalism’ adalah :
    • Ponteng kelas atau sekolah
    • Melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah
    • Lewat bangun pagi dan pulang lewat malam
    • Kemahiran sosial yang lemah
    • Mencari perhatian dengan cara yang negatif
    • Jarang berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan
    • Tekanan perasaan dan masalah mental yang lain
    • Masalah keluarga
    • Masalah dalam persahabatan
    • Masalah di sekolah
    • Masalah dengan pihak berkuasa dan undang-undang
    • Penyalahgunaan dadah

Apakah akibat buruk menjadi seorang remaja yang terlibat dalam ‘Vandalism’?

  • Remaja yang aktif melakukan ‘vandalism’ akan mudah menjadi penjenayah apabila dewasa kelak, dan mungkin juga akan terlibat dalam keganasan
  • Remaja yang melakukan ‘vandalism’ biasanya terlibat dalam lain-lain salahlaku seperti gangguan seksual, pencerobohan, kecurian dan pencemaran alam persekitaran (contohnya pembuangan sampah sarap di tempat yang tidak sesuai).
  • Remaja yang melakukan ‘vandalism’ selalunya menghadapi masalah.
    • Dengan pihak sekolah
  • Remaja yang melakukan ‘vandalism’ selalunya mendapat laporan buruk dari pihak sekolah, keadaan ini boleh mengurangkan peluang untuk mereka berjaya dalam hidup.

Bagaimanakah seseorang itu boleh mengelakkan diri dari terlibat dalam ‘Vandalism’?

  • Memahami bahawa vandalism adalah satu kesalahan jenayah.
  • Tanya diri anda :
    • Bagaimanakah kemusnahan harta benda boleh membantu saya?
    • Apakah kesannya pada saya setelah merosakkan harta benda ini?
    • Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan bantuan?
    • Siapa yang boleh membantu saya?
  • Mengawal kemarahan yang mendorong anda untuk melakukan ‘vandalism’. (lihat Menangani kemarahan)
  • Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah secara sihat dan wajar.(lihat Membuat keputusan dan Penyelesaian masalah )
  • Mencari cara yang terbaik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah untuk mengelakkan ‘vandalism’. (lihat Kemahiran sosial dan Komunikasi)
  • Meminta pertolongan dari orang lain ketika menghadapi masalah
  • Sentiasa libatkan diri dalam aktiviti sihat dan aktiviti kurang berisiko seperti senaman, bersukan, hobi dan kerja-kerja sukarela yang boleh membantu anda mengatasi tekanan hidup
  • Jauhi rakan-rakan yang melakukan ‘vandalism’
  • Sentiasa mengawal kelakuan anda sedikit demi sedikit dan mencatatkannya di atas kertas
  • Untuk bantuan dalam hal ini, dapatkan nasihat kaunselor atau pakar psikologi

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon
Penyemak : Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail
: Dr. Salmiah bt. Md. Sharif

 

Artikel Berkaitan

Kontraseptif

Apa itu kontraseptif? Satu kaedah untuk mencegah kehamilan.   Fakta

Nose Bleed

Nose bleed (epitasis) usually occurs when there is rupture of the capillaries within the nasal cavity.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia