Pengenalan
Apabila kita berbicara tentang wang, ramai orang di sekeliling kita akan mengeluh kerana bebanan sara hidup kini yang makin mencabar dan memerlukan kita sebagai rakyat untuk bekerja lebih keras kerana gaji yang diterima hari ini tidak setanding dengan beban yang ditanggung. Oleh demikian, kebanyakkan orang akan melakukan lebih daripada satu kerja atau bekerja lebih masa, bagi menjana pendapatan tambahan.
Wang VS Kualiti Hidup
Menurut kepada Dr. Robert Schalock (2010) menyatakan bahawa terdapat 8 (lapan) domain yang terdapat dalam tiga komponen penting dalam rangka Quality of Life iaitu:
Rangka Kualiti Hidup |
||
BERDIKARI |
Pembangunan Kendiri |
|
Keazaman |
|
|
PENGLIBATAN SOSIAL |
Hubungan Interpersonal |
|
Penyertaan Sosial |
|
|
Hak |
|
|
KESEMPURNAAN |
Emosi |
|
Fizikal |
|
|
Material |
|
Oleh itu, persoalannya,
“ADAKAH MEMPUNYAI LEBIH BANYAK WANG BERMAKNA KUALITI HIDUP AKAN SEMAKIN BAIK?”
Isu ini bergantung kepada individu untuk menilainya kerana setiap keluarga mempunyai matlamat serta objektif kehidupan masing-masing. Sebagai contoh, terdapat satu keluarga yang mempunyai kekurangan kewangan dan mereka sering berkelahi satu sama lain. Penyelesaiannya adalah dengan menjana pendapatan tambahan bagi membahagiakan ahli keluarganya.
Wang mempunyai kuasa hebat untuk membantu menaikkan kualiti hidup sesebuah keluarga dan mampu menjatuhkan kualiti hidup sekiranya salah percaturan dalam mengimbanginya. Oleh itu, untuk mendapatkan kualiti hidup yang sempurna, ketua keluarga seharusnya mengimbangi waktu bekerja serta waktu bersama keluarga kerana kedua-dua aspek ini merupakan agen penting dalam kebahagiaan diri.
Sumber: Google
Tips Untuk Menambahbaik Kualiti Hidup
- Fikirkan tentang kehidupan dan cara untuk membaikinya.
- Dapatkan tidur yang cukup untuk mulakan hari baru.
- Bersenam
- Kenalpasti perkara negatif dan lakukan perubahan
- Bina satu matlamat yang mampu kita capai
- Terima perkara di luar jangkaan serta fokus kepada diri sendiri.
- Keluar daripada zon bebas dan jadilah diri sendiri.
Rujukan:
- http://www.communitylivingbc.ca/projects/quality-of-life/what-is-quality-of-life/”>http://www.communitylivingbc.ca/projects/quality-of-life/what-is-quality-of-life/
- https://www.scribd.com/doc/13652798/KUALITI-HIDUP
- http://www.epu.gov.my/sites/default/files/kualitihidup2011.pdf >http://www.epu.gov.my/sites/default/files/kualitihidup2011.pdf
Semakan Akhir | : | 30 Mei 2017 |
Penulis | : | Pn. Rozilawati bt. Kasim |
Akreditor | : | Hj. Hairol Kamal b. Abd. Rahman |