A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

WARNA DAN PSIKOLOGI

Warna dianggap sebagai bahasa global atau universal.  Selain daripada itu, warna juga seringkali dijadikan simbol penyatuan kaum ataupun ideologi. Setiap manusia mempunyai warna personaliti yang unik

Alam disekeliling kita menyajikan warna yang sangat kaya, lebih kaya dari sekadar warna pelangi. Psikologi warna mengajar kita mengenai persepsi manusia tentang warna yang ada dalam kehidupan seharian. Hati seringkali menyingkap erti warna yang terlihat oleh penglihatan. Warna mempunyai hubungan dan karakter yang rapat dengan manusia. Warna memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan seseorang.  Warna berkaitan dengan spectrum dan spectrum adalah gelombang yang dikesan oleh pancaindera manusia. Setiap warna mempunyai makna yang tersendiri dan dipercayai boleh mempengaruhi tindak tanduk seseorang itu. Darwis Triadi, seorang jurugambar dari Indonesia menulis dalam bukunya “Color Vision” mengatakan “Warna dapat menciptakan keselarasan dalam hidup. Dengan warna kita boleh menciptakan suasana nyaman dan damai. Dengan warna juga dapat menciptakan kebengisan dan kekacauan.”

Mari kita lihat makna warna yang selalu ada dalam hidup kita :

Warna Merah: Merah adalah warna api, sinaran matahari dan warna darah.
Warna ini memberi kesan kehangatan, kebahagiaan, keberanian, semangat, kekuatan, keghairahan dan juga merupakan tanda peringatan. Dalam psikologi warna merah merupakan simbol dari tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan. Dominasi warna merah mampu merangsang indera seperti meningkatkan nafsu makan dan ghairah seksual. Negatifnya warna merah dicanangkan dengan kekerasan dan kecemasan. Pengemar warna merah juga dikatakan seorang yang pendendam, tamak dan mudah tersinggung. Untuk menjaga keseimbangannya warna merah baik jika dipadukan dengan warna biru muda.

Warna oren (Kombinasi merah dengan kuning): Oren juga melambangkan keceriaan, kehangatan, bersemangat, penuh dengan rasa sosial dalam persahabatan, dan optimisme. Kelemahan warna oren adalah sukan mendesak dan tidak suka dibantah. Warna ini memiliki daya tarikan yang kuat, kerana mampu merangsang pandangan mata. Walaubagaimanapun warna oren akan memberi kesan murah sekiranya ia digunakan terlalu dominan. Warna ini sesuai dipadankan dengan warna ungu atau biru untuk memberikan kesan unik dan mempunyai kelas yang tersendiri.

Warna Biru: Biru adalah warna langit dan laut. Ia memberikan gambaran yang luas pada ruang, warna yang damai, sejuk dan dapat menenangkan fikiran. Umumnya biru memberi efek menenangkan dan dipercayai warna biru mampu mengatasi insomnia, tekanan darah tinggi dan migraine. Warna biru juga dikataka warna korporat kerana memberi kesan professional dan kepercayaan. Selain daripada itu, warna biru juga dikatakan dapat merangsang individu berkomunikasi. Berdasarkan cara pandang ilmu psikologi warna biru tua mampu merangsang pemikiran yang positif dan biru muda dapat membantu menenangkan fikiran disamping meningkatkan konsentrasi.

Warna kuning: Memberi kesan kegembiraan, ketenangan dan keceriaan. Memberi erti kehangatan dan rasa bahagia dan seolah ingin menimbulkan hasrat untuk bermain. Dengan kata lain warna ini juga mengandung makna optimis, semangat dan ceria. Dari sisi psikologi warna kuning dapat merangsang aktiviti fikiran dan mental. Warna kuning sangat baik digunakan untuk membantu penalaran secara logik dan analisa sehingga individu yang menyukai warna kuning cenderung lebih bijaksana dan cerdas dari sisi akademik, mereka lebih kreatif dan pandai meciptakan idea yang original. Disamping itu warna kuning juga membawa erti sinaran dan ketegasan. Namun negatifnya mereka juga orang yang mudah cemas, gelisah dan sering dikuasai ketakutan, mereka terlebih dalam menghadapi orang lain yang juga sedang merasa tertekan ataupun stress. Mereka juga cenderung menjadi terlalu kritis dan menghakimi orang lain.

Warna hijau: Membawa maksud warna identi alam. Ia melambangkan kesegaran, kedamaian dan relaksasi mahupun santai. Mengikut pandangan psikologi warna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Ini kerana warna hijau mempunyai efek rileksasi dan menenangkan. Warna hijau dikatakan memiliki nilai tersendiri keranana dapat memberi kesan kesegaran dan akan lebih cantik bila dikombinasikan dengan warna coklat gelap. Kelemahan warna hijau adalah terlalu mudah mempercayai dan agak kolot.

Warna putih: Salah satu kelebihan warna putih adalah kemampuannya untuk membantu mengurangi rasa takut ataupun rasa gusar. Ini kerana warna putih memberi kesan kebebasan dan keterbukaan. Kelemahan warna putih adalah dapat memberi rasa sakit kepala dan mata boleh menjadi lelah atau penat sekiranya warna ini terlalu mendominasi. Dikatakan individu yang sukakan warna putih adalah seorang yang boros berbelanja. Warna putih sebagai warna yang murni dan tidak menggunakan campuran apapun memberi makna warna yang suci dan bersih.

Warna Coklat: Warna coklat adalah salah satu warna yang mengandung unsur bumi. Dominasi warna ini akan memberi kesan hangat, nyaman dan aman. Kelebihan lainnya adalah warna coklat dapat menimbulkan kesan moden, canggih dan mahal kerana warnanya yang hampir dengan warna emas.

 

 

 

Warna hitam: Kebanyakkan orang akan takut dengan warna hitam. Ramai yang percaya warna hitam mengundang bala, suram dan ketakutan. Walaupun begitu, warna hitam ditakrifkan sebagai warna yang misteri, independen, dramatis dan kesunyian. Warna hitam juga digolongkan dalam warna tegas, solid dan kuat.  Namun warna hitam adalah warna yang elegan dan bila dikombinasikan akan menyerlahkan hasil yang menarik .

Warna dianggap sebagai bahasa global atau universal.  Selain daripada itu, warna juga seringkali dijadikan simbol penyatuan kaum ataupun ideologi. Setiap manusia mempunyai warna personaliti yang unik. Ini dikenali sebagai warna aura.  Melalui warna, kita dapat membongkar kecenderungan, kekuatan dan kelemahan diri.

RUJUKAN:

  1. Aura Personaliti Warna, Mir Hazil Azran Ramli, PTS, Kuala Lumpur, Malaysia, 2009
  2. Exoticlious.blogspot.com
  3. Spiritualresearchfoundation.org
  4. Quantum Ikhlas, The Power of Feeling, Erbe Setanu, PT Elex Media, Jakarta, Indonesia, 2007
Semakan Akhir : 02 Julai 2018
Penulis : Pn. Fariz Sakina Bt. Abdullah
Akreditor : Haji Hairol Kamal B. Abdul Rahman

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Keperluan & Kehendak

kehendak itu ialah sesuatu yang manusia inginkan dan ia selalunya berbentuk indah. Keperluan asas manusia perlu ditunaikan untuk terus hidup seperti air, udara, pakaian dan tempat tinggal.

Ijazah Vs Surat Nikah

Mungkin ramai yang tidak menyedari kahwin awal mampu memelihara maruah wanita serta keluarganya dari fitnah dan zina.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia