A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sembelit

Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar.

Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar.

Kira-kira 24-37% warga emas mengalami masalah sembelit dan 60% menggunakan julap untuk melawas pembuangan air besar.

Punca Sembelit

  • Perubahan berkaitan faktor usia
  • Kurang pergerakan, contohnya akibat terlantar di katil
  • Makanan kurang serat
  • Penyalahgunaan julap
  • Dehidrasi
  • Hipotiroidisme
  • Diabetic nephropathy
  • Penyakit Parkinson
  • Ubat-ubatan seperti setengah ubat penahan sakit seperti tramal, ubat batuk mengandungi codein, pil zat besi dan ubat kemurungan
  • Ketumbuhan usus besar
  • Kesakitan bahagian dubur
  • Sukar untuk mendapatkan tandas
  • Tiada privasi

Gejala

  • Perlu meneran bila buang air besar
  • Najis bersaiz kecil dan keras
  • Sakit perut
  • Tiada selera makan
  • Loya

Komplikasi

  • Najis mengeras dan membatu
  • Usus tersumbat
  • Ulser usus besar
  • Lelehan najis di sekeliling najis yang menyumbat
  • Meneran berlebihan yang mengakibatkan pitam, serangan jantung dan strok
  • Pundi air kencing tersekat
  • Jangkitan salur kencing
  • Buasir
  • Luka dan sakit dubur
  • Usus terkeluar
  • Perdarahan di dubur

Rawatan

Ubah gaya hidup (cara pemakanan dan gaya hidup):

  • Ambil makanan mengandungi serat yang tinggi seperti bran (sekam bijirin) dan bijiran penuh, sayur-sayuran dan kekacang
  • Ambil banyak buah prun, tembikai dan karbohidrat kompleks
  • Ambil air dan cecair yang mencukupi
  • Bersenam selalu untuk meningkatkan pergerakan seterusnya menggalakkan pembuangan air besar dan menguatkan otot perut
  • Gunakan julap berhati-hati. Hanya gunakan jika perubahan makanan dan gaya hidup tidak berkesan
  • Laktulos adalah selamat dan berkesan digunakan
  • Julap osmosis yang mengandungi magnesium sesuai digunakan untuk jangka masa pendek.
  • Julap stimulasi seperti senna boleh diambil secara oral atau di masukkan melalui dubur sebagai suppository (biscodyl). Walau bagaimanapun, ia boleh mengakibatkan ketagihan (dependence).
  • Pelembut najis boleh digunakan tetapi kurang berkesan untuk melawaskan najis
  • Enema digunakan apabila terdapat najis tersumbat.
  • Pengeluaran najis menggunakan jari mungkin perlu untuk mengeluarkan najis yang membatu.

Pencegahan

  • Selalu bersenam terutamanya berjalan kaki.
  • Biasakan tabiat buang air yang baik seperti terus ke tandas apabila ada rasa hendak buang air besar.
  • Ambil sarapan yang mencukupi kemudian pergi ke tandas.
  • Ambil serat secukupnya di dalam diet.
  • Ambil makanan kental seperti kentang, pisang, bunga kobis, kacang pis, kobis, salad, epal,dan lobak merah.
  • Ambil banyak buah-buahan sama ada segar atau yang dikeringkan. Sesetengah buah-buahan seperti prun dan aprikot mempunyai kesan julap.
  • Ambil banyak sayur-sayuran seperti salad dan ulam-ulaman.
  • Minum cecair yang banyak seperti air biasa dan air buah.
  • Elakkan menggunakan julap berpanjangan.
  • Mudahkan kemudahan penggunaan tandas.

Jika anda mengalami sembelit “Change in bowel habit” sila berbincang dengan doktor anda.

Semakan akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Ruziatun binti Hasim
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,812

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia