Pengenalan
X-ray dada ialah pemeriksaan yang dilakukan ke atas dada pesakit untuk melihat organ-organ dalam bahagian dada seperti paru-paru, jantung, diafram, tulang rusuk dan saluran darah utama.
Pemeriksaan X-ray dada biasanya akan dilakukan dengan posisis pesakit berdiri. Pesakit akan diminta untuk menarik nafas dan menahan nafas seketika ketika pemeriksaan x-ray dijalankan.
Gambar 1: Radiograf (gambar) X-ray dada
Tujuan Pemeriksaan
- Doktor yang merawat akan memohon pemeriksaan X-ray dada ini jika pesakit mempunyai tanda-tanda atau gejala-gejala berikut:
- Batuk yang berpanjangan
- Sakit dada
- Kecederaan pada bahagian dada
- Batuk darah
- Sukar bernafas
- Pemeriksaan X-ray dada juga akan dilakukan sekiranya pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit T.B, kanser dan lain-lain penyakit paru-paru.
Persediaan Pemeriksaan
- Tiada persediaan khas bagi pemeriksaan ini.
- Rantai di leher dan benda lain yang berada di bahagian dada perlu ditanggalkan untuk mengelakkan benda tersebut melindung struktur dan organ pada radiograf (gambar X-ray).
- Pesakit perlu menanggalkan baju dan menukar kepada pakaian hospital yang disediakan.
- Pemeriksaan X-ray akan dilakukan oleh Juru X-ray.
- Jika anda seorang pesakit perempuan, tolong maklumkan kepada doktor dan Juru X-ray yang menjalankan pemeriksaan sekiranya anda mengandung.
- Biasanya pemeriksaan X-ray ini akan ditangguhkan sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
Semakan Akhir | : | 28 Februari 2014 |
Penulis | : | Barnabas Jampi Agan |
Akreditor | : | Mohd Zin bin Yusof |