Maksud Pemeriksaan X-ray Dibatal Atau Ditangguhkan
Ianya bermaksud seorang pesakit tidak boleh menjalani pemeriksaan X-ray pada hari tersebut kerana sebab-sebab tertentu dan perlu menjalankan pemeriksaan X-ray pada hari lain yang perlu ditetapkan semula.
Di antara Sebab Pemeriksaan X-ray Dibatal Atau Ditangguhkan?
- Pesakit tidak mahu meneruskan pemeriksaan setelah diberi penerangan tentang pemeriksaan X-ray oleh doktor.
- Pesakit tidak berpuasa untuk pemeriksaan yang memerlukan mereka berpuasa seperti untuk pemeriksaan yang memerlukan penggunaan media kontras (rujuk Mengapa Berpuasa Untuk Pemeriksaan X-ray). Ini termasuk pemeriksaan imbasan CT dan angiografi
- Pesakit yang mempunyai sejarah alahan tetapi tidak mengambil ubat alahan yang disyorkan oleh doktor untuk pemeriksaan radiografi khas yang memerlukan penggunaan kontras media (rujuk Alahan).
- Wanita hamil yang penyakitnya tidak kritikal dan pemeriksaan X-ray boleh ditangguhkan sehingga selepas melahirkan anak.
- Terdapat juga pemeriksaan yang ditangguhkan kerana kerosakan mesin X-ray di mana pemeriksaan tidak dapat diteruskan pada hari tersebut.
– Temujanji baharu akan diberikan kepada pesakit.
– Hal ini jarang berlaku kerana jabatan sentiasa memantau mesin X-ray yang digunakan setiap hari.
Walau bagaimanapun, pesakit boleh bertanyakan kepada doktor atau Juru X-ray yang bertugas sekiranya terdapat kemusykilan apabila pemeriksaan mereka terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan.
Semakan Akhir | : | 3 Januari 2017 |
Penulis | : | Norasikin binti Ismail |
Akreditor | : | Daud bin Ismail |