A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Penyediaan Hidangan Secara Selamat

Penyediaan Hidangan Secara Selamat

Download:

Penyediaan hidangan secara selamat adalah penting untuk memusnahkan bakteria berbahaya yang mengakibatkan keracunan makanan.

Bakteria mudah tersebar pada makanan jika tangan tidak dibersihkan sebelum menyediakan makanan.Pastikan anda membasuh tangan dengan cara yang betul iaitu dengan mengamalkan 7 langkah membasuh tangan. Anda perlu membasuh tangan setiap kali selepas keluar dari tandas, selepas menyentuh makanan mentah seperti daging atau ayam serta selepas anda membuang sampah ke dalam tong sampah.

Selain itu, pastikan ruang dan peralatan untuk memasak seperti pisau dan papan pemotong adalah bersih. Papan pemotong dan kain pengelap yang kotor juga boleh menyebarkan bakteria kepada makanan anda. Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk memotong daging dan sayur-sayuran atau buah-buahan. Pastikan kain pengelap yang bersih digunakan secara berasingan untuk mengelap meja dan pinggan mangkuk.

Basuh sayur-sayuran di bawah air yang mengalir untuk membuang segala kekotoran seperti pasir terlebih dahulu sebelum dimasak. Bersihkan daging, ayam atau ikan dengan betul.potong makanan kepada saiz yang kecil untuk memudahkan penyebaran haba ke semua bahagian makanan

Bagi menghapuskan bakteria, pastikan anda memasak makanan sehingga mendidih . Sekiranya anda memasak daging atau ayam pastikan ianya betul-betulmasak. Makanan mentah seperti daging atau ikan mengandungi bakteria yang mudah tersebar sekiranya bersentuhan dengan makanan atau peralatan memasak yang lain. Oleh itu adalah penting agar makanan mentah di simpan berasingan dengan makanan yang sedia dimakan. Ini kerana makanan yang sedia dimakan tidak akan dimasak dan bakteria yang mencemari makanan ini tidak akan dapat dimusnahkan.

Makanan yang telah dimasak dan tidak di makan terus perlu disimpan ke dalam peti sejuk dalam tempoh tidak melebihi 2 jam selepas di masak Pastikan suhu peti sejuk anda adalah di antara 0°C hingga 4°C. Jangan simpan makanan yang telah dimasak lebih daripada 3-4 hari di dalam peti sejuk . Jika anda memanaskan semula makanan tersebut panaskan sehingga mendidih. Jangan panaskan semula makanan lebih daripada satu kali.

Salah satu perkara penting yang patut anda buat apabila menyediakan makanan ialah memeriksa tarikh luput semua makanan. Jangan guna makanan yang telah melepasi tarikh luput walaupun ia masih kelihatan baik.

Selain daripada itu, anda juga perlu mengikut arahan penyimpanan bagi makanan tersebut. Ini kerana makanan yang dipek tidak tahan lama selepas dibuka dan boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan. Penyediaan makanan secara bersih dan selamat adalah penting untuk memastikan makanan yang disediakan adalah selamat dimakan.

P
Pemantauan Paras Glukos (Gula) Dalam Darah

Pemeriksaan Mulut Sendiri

Pencegahan Sakit Jantung

Penjagaan Gigi Palsu

Penjagaan Kaki

Penjagaan Pesakit Terlantar di Katil (Bed Ridden)

Pengendalian Ubat-ubatan Yang Tidak Diperlukan

Penyimpanan Bahan Mentah

Penyusuan Ibu Boleh Dilakukan Walaupun Anda Kembali Bekerja

Pre-Menstrual Tension

Puberphonia Before Treatment

Puberphonia After Treatment

6 Panduan Penjagaan Pesakit Stroke di Rumah

 

Artikel Berkaitan

W3C

{module Font Size Changer}

F

      Ekzema      

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia