A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Penjagaan Gigi Palsu

Penjagaan Gigi Palsu

Download:

Transkipsi

  1. Gigi palsu, yang juga dikenali sebagai dentur, dipakai untuk menggantikan gigi yang hilang.
  2. Pemakaian gigi palsu adalah bertujuan untuk memperbaiki paras rupa,  untuk pertuturan yang jelas dan juga untuk mengunyah dengan lebih baik.
  3. Gigi palsu boleh dibahagikan kepada gigi palsu separa dan gigi palsu penuh. Tapak gigi palsu diperbuat menggunakan plastik (acrylic) atau logam (cobalt chromium).
  4. Kepadanan gigi palsu dalam mulut seseorang bergantung pada tulang rahang dan gigi bersebelahannya.

Cara Membersihkan Gigi Palsu

  1. gigi palsu perlu dibersih dengan baik supaya nafas tidak berbau dan untuk mengekalkan kesihatan mulut.
  2. Tanggalkan gigi palsu setiap kali selepas makan  dan berkumur untuk mengeluarkan semua sisa makanan.
  3. Jangan pakai gigi palsu semasa tidur. Ini adalah untuk memberi masa untuk tisu mulut anda berehat
  4. bersihkan gigi palsu dengan menggunakan berus gigi dan ubat gigi.
  5. rendam di dalam segelas air apabila tidak dipakai atau sebelum masuk tidur.
  6. Elakkan daripada mengguna air panas kerana ia boleh mengubah bentuk asalnya.

TIPS PENTING
Terdapat beberapa langkah penting yang anda perlu beri perhatian untuk penggunaan gigi palsu anda.

  1. Amalkan pemeriksaan pergigian setiap tahun bagi memastikan kesihatan mulut dan gigi palsu anda sentiasa dalam keadaan yang baik.
  2. Sekiranya mengalami kesakitan atau terdapat sebarang masalah, jangan memakai gigi palsu  buat sementara waktu sehingga anda mendapat nasihat doktor gigi. jangan mengubahsuai atau membaiki gigi palsu sendiri
  3. Gigi palsu yang longgar boleh di lapik (reline) atau di ganti padanannya (rebase) untuk membolehkan pemakaian yang lebih selamat dan selesa.
  4. Penjagaan gigi palsu yang baik juga membantu mengekalkan kesihatan mulut anda.
P
Pemantauan Paras Glukos (Gula) Dalam Darah
Pemeriksaan Mulut Sendiri
Pencegahan Sakit Jantung
Penjagaan Kaki
Penjagaan Pesakit Terlantar di Katil (Bed Ridden)
Penyediaan Makanan Secara Selamat
Pengendalian Ubat-ubatan Yang Tidak Diperlukan
Penyimpanan Bahan Mentah
Penyusuan Ibu Boleh Dilakukan Walaupun Anda Kembali Bekerja
Pre-Menstrual Tension
Puberphonia Before Treatment
Puberphonia After Treatment
6 Panduan Penjagaan Pesakit Stroke di Rumah

 

Artikel Berkaitan

Botox

Botulinum toxin is produced by a bacterium, Clostridium botulinum. It

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia