A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Perempuan

Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak.

Adakah saya sihat?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.

Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak.

Apakah itu ujian saringan?

Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan rawatan.

Sebagai contoh, sekiranya jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan jantung.

Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:

  • Kegemukan (Obesiti)
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Paras kolesterol dalam darah 
  • Kanser payudara
  • Kanser pangkal rahim

Mengapakah saya harus membuat ujian saringan untuk keadaan tersebut?

Penyakit jantung, angin ahmar dan kanser (barah) adalah faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian.

Kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko yang utama untuk penyakit jantung dan angin ahmar. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung dan angin ahmar.

Kanser payudara dan kanser pangkal rahim boleh dirawat jika dikesan awal. Ia adalah jenis kanser utama dikalangan kaum wanita di Malaysia.

Bagaimana untuk membuat ujian saringan?

Keadaan
Apa yang perlu dibuat/ujian yang dijalankan
Kegemukan Berat dan tinggi untuk mengira Indek Jisim Badan (IJB)
Tekanan darah tinggi Tekanan darah
Kencing manis Paras gula dalam darah
Kolesterol yang tinggi Paras kolesterol dalam darah
Kanser payudara Pemeriksaan sendiri payudara
Kanser pangkal rahim Ujian pap smear
Kanser kolorekal Ujian najis untuk mengesan darah tersembunyi (FOBT) / sigmoidoskopi / kolonoskopi

Bilakah saya perlu membuat ujian saringan?

Anda digalakkan mengikut panduan di bawah:

Ujian :

  1. Berat dan tinggi untuk IJB
    Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali (mula saringan pada umur 20 tahun).
  2. Tekanan darah      
    Sekurang-kurangnya 1 tahun sekali  (mula saringan pada umur 20 tahun).
  3. Paras gula dalam darah    
    1. Bagi mereka yang berisiko tinggi, lakukan saringan setahun sekali sebelum umur 30 tahun
    2. Bagi mereka yang tiada faktor risiko, saringan bermula pada umur 30 tahun dan setiap tahun
  4. Paras kolesterol dalam darah       
    Sekiranya salah seorang ahli keluarga ada paras kolesterol yang tinggi dalam darah. Lakukan ujian kolesterol setahun sekali
  5. Pemeriksaan klinikal payudara
    Setiap tahun
  6. Mamogram / ultrasound payudara
    Setiap 2 tahun
  7. Ujian pap smear    
    Setahun sekali untuk 2 tahun pertama. Jika keputusan normal, ujian pap smear setiap 3 tahun (mula ujian pada umur 30 tahun atau lebih awal).
  8. HPV Testing
    Mula ujian pada umur 30 tahun. Jika normal, ulang ujian setiap 5 tahun.
  9. FOBT
    Setahun sekali bermula dari 50 tahun hingga 75 tahun untuk mereka yang berisiko rendah. Ulang ujian setahun sekali jika keputusan normal.
  10. Kolonoskopi
    Kaedah saringan untuk mereka berisiko sederhana dan tinggi. Jika keputusan normal, ulang ujian antara 3 hingga 10 tahun bergantung kepada tahap risiko.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

Jumpa doktor anda. Semua klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta, hospital swasta dan makmal swasta menyediakan ujian tersebut kecuali pemeriksaan sendiri payudara (PSP) di mana anda sendiri boleh melakukannya.

Siapakah yang perlu saya rujuk sekiranya ujian saya luarbiasa?

Jumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.

Apakah yang harus saya buat lagi untuk memastikan saya sentiasa sihat?

  • Makan secara sihat – Pelbagaikan makanan. Makan mengikut keperluan aktiviti fizikal anda.
  • Sentiasa aktif- Sentiasa aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 – 30 minit setiap kali. Ia dapat mengekalkan IJB dan meningkatkan tahap kecergasan.
  • Tidak merokok – Merokok boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser (barah). Sekiranya anda merokok, cuba berhenti. Sila rujuk doktor anda.
  • Menangani tekanan (stres) – Kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Othman Warijo
    Dr. A. Khalek Abd Rahman
    Ali bin Puteh
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Ibu Mengandung

Jangkitan vertikal dari ibu yang di jangkiti HIV kepada janin (bayi dalam kandungan) berlaku secara terus melalui uri (placenta).

Tanpa Nama (VCT)

Ujian ini mudah didapati, ringkas dan tidak sakit. Perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Maklumat anda dan keputusan ujian akan dirahsiakan

Kegemukan (Obesiti)

Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,447

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia