A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Senaman

Download:

Remaja bebas melakukan senaman asalkan tidak menjejaskan kesihatan atau membebankan tubuh badan. Senaman akan memberi kekuatan jasmani dan mengekalkan kecergasan.
Setiap senaman perlu disesuaikan mengikut keperluan dan keupayaan. Lakukan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur.
Jangan pandang remeh kepentingan pakaian dan kasut ketika bersenam.
Antara ciri penting pakaian ketika bersenam ialah perlu selesa, sesuai dengan saiz tubuh dan dapat melindungi tubuh daripada cuaca.
Bagi mengelakkan kecederaan, aktiviti regangan adalah penting dilakukan sebelum dan selepas senaman.
Lakukan rengangan selama lebih kurang 10 minit. Regangan hendaklah dilakukan secara perlahan dan elakkan dari gerakan mengejut.
Regangan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah.
Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan.
Senaman yang boleh membina kekuatan jasmani melibatkan sukan seperti bola sepak dan bola keranjang. Begitu juga aktiviti seperti belari, berenang atau mengayuh basikal adalah baik untuk kesihatan jantung kita.
Kita boleh juga melakukan senaman untuk membina kekuatan otot. Senaman ini dilakukan secara melawan rintangan seperti tekan tubi atau push up, angkut dagu, duduk tegak atau sit up dan separa menyangkung atau half squat.
Tekan tubi boleh menguatkan otot dada dan otot bahu. Untuk mereka yang baru memulakan senaman ini, ia boleh dilakukan dengan berdiri sambil menekan dinding. Atau berada di lantai melakukan tekan tubi sambil dibantu oleh lutut.
Senaman duduk tegak yang dilakukan boleh menguatkan otot perut. Caranya dengan berbaring cuba naikkan kepala sambil tangan menyentuh lutut.
Latihan dengan beban seperti dumb bell dan peralatan di taman rekreasi atau gym yang dilakukan secara berterusan akan membantu pembentukkan otot.
Cara pernafasaan amat penting untuk memastikan aktiviti senaman memberi manfaat pada tubuh badan. Bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut.
Setelah selesai bersenam, akhiri dengan aktiviti penyejukan atau merehatkan badan.
Proses penyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal.
Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.
Ia bertujuan mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan dapat merehatkan otot.
Senaman adalah penting untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial seseorang. Remaja hendaklah menetapkan jadual dan menerapkan senaman sebagai salah satu amalan gaya hidup sihat.
”Senaman membina remaja sihat, cerdas dan produktif”

S
Seribu (1,000) Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat
Sakit Sendi
Saringan Pendengaran
Sawan
Senaman
Senaman dan Penjagaan Postur Post Natal
Senaman untuk Warga Emas (di Bilik Tidur)
Senaman untuk Warga Emas (di Ruang Tamu)
Senaman untuk Warga Emas (di Dapur)
Shaken Baby Syndrome
Sindrom Terowong Karpus
Sublingual Glyceryl Trinitrate (GTN)
Stroboscopy
Seksual & Reproduktif
Seksual & Reproduktif (Kategori II)

 

Artikel Berkaitan

G

Tiada Audio

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,829

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia